Sensodyne Nak Jemput Anda Semua Ke KJH Pulau Pinang Dari 27 Hingga 29 September Ini!
Selamat tinggal masalah gigi sensitif.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Sensodyne.
Pernahkah anda mengalami masalah gigi sensitif? Mesti tak best kan apabila terpaksa 'berpantang' daripada sesetengah makanan dan minuman hanya kerana mengalami masalah gigi sensitif
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya sejumlah besar rakyat Malaysia mengalami masalah gigi sensitif.
Sama ada kesakitan pada tahap yang serius ataupun sederhana, masalah gigi sensitif membuatkan pesakit mengalami ketidakselesaan apabila menjamah hidangan yang sejuk, panas atau berasid.
Punca masalah gigi sensitif serta rawatannya
Menurut laman Healthline, masalah gigi sensitif berlaku apabila lapisan enamel pada gigi semakin menipis.
Penipisan lapisan enamel ini berpunca daripada pengambilan makanan atau minuman berasid dan manis yang memberi kesan kepada pesakit dalam jangka masa panjang.
Lebih mengejutkan, makanan berkanji seperti roti putih antara yang turut membuatkan lapisan enamel pada gigi semakin nipis.
Dapatkan perlindungan 24/7 daripada masalah gigi sensitif
Buat anda yang alami masalah gigi sensitif, anda tak perlu risau sebabnya Sensodyne sedia membantu mengurangkan masalah gigi sensitif anda!
Menerusi Sensodyne Sensitivity Fresh Mint, ubat gigi ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan masalah gigi sensitif serta menawarkan perlindungan daripada terbentuknya kaviti.
Semuanya berjaya dibantu dengan adanya kandungan kalium nitrat di mana pengguna bakal merasakan kesakitan pada gigi sensitif berkurang apabila diberus menggunakan berus yang lembut dua kali sehari.
Oh ya, anda juga bakal menikmati rasa bersih dan segar daripada ekstrak pudina menerusi ubat gigi yang digunakan ramai ini!
Selain itu, Sensodyne juga turut menawarkan Sensodyne Gum & Enamel yang hadir dengan formula Triple Action dalam membantu memberikan kelegaan kepada masalah gigi sensitif sensitiviti dalam tempoh yang panjang serta menguatkan lapisan enamel pada gigi anda. Menarik bukan?
Temui reruai Sensodyne di Karnival Jom Heboh Pulau Pinang 2024!
Khas buat warga Pulau Pinang atau yang berada di kawasan sekitar, Sensodyne bakal membuka reruai di Karnival Jom Heboh Pulau Pinang pada September ini.
Sekiranya anda mengalami masalah gigi sensitif tapi peminat manisan yang popular di Pulau Pinang seperti cendol, jeruk madu Pak Ali atau air sarbat, mungkin mendapatkan ubat gigi daripada Sensodyne antara yang dapat mengurangkan kesakitan pada gigi korang.
Menerusi reruai yang tersedia, anda berpeluang juga untuk mendapatkan seleksi produk Sensodyne mengikut keperluan khusus yang dialami seperti kesegaran dan kelegaan segera.
Sensodyne juga ada tawarkan hadiah eksklusif khas buat anda tau yang hadir ke Karnival Jom Heboh 2024!
Apa tunggu lagi? Ayuh hadirkan diri ke reruai Sensodyne di Karnival Jom Heboh yang bakal berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 September sehingga 29 September ini!
Ketahui lebih lanjut mengenai Sensodyne dengan klik di SINI atau dapatkan produk-produk keluaran Sensodyne dengan klik di SINI.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!