Seperti Rumah Kedua, Gadis Foodpanda Ini Ziarah Kubur Ibu Setiap Hari Buat Ramai Sebak
Hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada.
Sebagai seorang anak pastinya ibu bapa itu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup kita. Tanpa didikkan mereka tiadalah kita tidaklah kita berjaya sampai ke hari ini.
Tiada siapa yang tahu bila ajal dan maut kita akan tiba. Malah, ada anak yang telah diuji ketiadaan ibu bapa semasa kecil lagi.
Kejayaan yang kita kecapi hari ini adalah kerana kasih sayang Allah yang menjaga kita melalui penjagaan dan cinta dua insan berjiwa besar yang dipanggil ibu dan ayah.
Namun, ianya tidak bermakna jika kita hanya berpeluk tubuh jika memang tidak mampu membalas jasa mereka yang telah tiada.
Baru-baru ini tular di laman sosial apabila gambar seorang gadis menziarah kubur ibunya menjadi bualan ramai.
Sesibuk manapun kerja tetap ziarah kubur ibu
Percayalah bahawa mati itu pasti, kehilangan orang tersayang ada kalanya membuatkan kita hilang arah dan tak keruan.Tetapi kita yang hidup perlu meneruskannya.
Menerusi perkongsian di Facebook, gadis Foodpanda itu dipercayai hampir setiap hari datang untuk menziarahi kubur arwah ibunya meskipun sibuk bekerja.
Apa yang lebih menyentuh hati, gadis tersebut masih berpakaian uniform kerjanya yang berwarna merah jambu itu semasa menziarah.
Kagum dengan sikap gadis tersebut yang tidak pernah melupakan ibu
Posting Facebook yang dikenali sebagai Ummi Azzahra itu memberitahu ketika itu dia dalam perjalanan untuk menziarahi kubur anaknya.
Tambahnya, dia juga sering menziarahi kubur anaknya itu. Namun, sebaik tiba di sana dia terlihat seorang remaja perempuan yang juga sering dilihat ke kubur ibunya.
Tetapi, kali ini agak berbeza kerana gadis itu berpakaian uniform dan sedang khusyuk membaca surah Yasin.
MasyaAllah... dalam kesibukannya sebagai 'rider' dia punya ruang untuk berziarah. Rindu itu yang menarik nya ke sini. Anak yang luar biasa"
"Ummi faham rindu itu. Hadir ke Raudhah ini salah satu cara melampiaskan kerinduan itu," katanya.
Dalam pada itu, perkongsiam tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut tersentuh melihat gambar tersebut
Rata-ratanya mengagumi sikap remaja berkenaan yang menunjukkan betapa sayangnya dia kepada ibunya itu.