seismik

Seramai 390 Usahawan 'Spire' Kini Telah Berjaya Capai Jualan RM1 Juta Pertama

Difahamkan, kejayaan tersebut datangnya daripada ilmu, strategi dan sistem terbukti yang ditambah baik dari semasa ke semasa.

Cover image via Richworks (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 390 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari seluruh negara di bawah bimbingan pementoran Spire berjaya capai misi mereka dengan jualan RM1 juta pertama sejak diperkenalkan enam tahun lalu

Antara jenama yang dibimbing dan dibina dalam Spire seperti The Raw., Ella Furniture, Adriana Gold, Farmasi Everlife, Salleh Food, Athifa Azzahrah, Poji Tempe, Andalusia Tijarah, Normey HQ dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd, kejayaan tersebut datangnya daripada ilmu, strategi dan sistem terbukti yang ditambah baik dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, katanya, kami mengumpulkan hampir 300 usahawan bimbingan Spire dan RichWorks dikumpulkan dalam program Inner Circle Forum (ICF) bagi melihat kembali perjalanan bisnes mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam ke 12 bulan.

"ICF ini merupakan inisiatif RichWorks bagi mempersiapkan usahawan Spire dalam pementoran kami dengan ilmu dan strategi penting untuk berdepan pelbagai cabaran pada masa ini.

"Setiap minggu mereka juga ada sesi khas bersama mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman secara dalam talian dan ICF ini bagi kami dapat jumpa berdepan bagi melihat perkembangan bisnes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Operasi RichWorks, Suley Nordyana sambil disaksikan Radz dan Hafiz menyampaikan sijil pencapaian jualan RM1 juta ke atas pada 2023 dan pertumbuhan bisnes kepada selebriti terkenal, Norman Hakim bagi bisnes NorMey HQ dalam Inner Circle Forum (ICF) hari ini.

Image via Richworks (Facebook)

Seramai 87 usahawan juga akan menerima anugerah bagi pencapaian mereka dengan jualan RM1 juta ke atas pada 2023

Tambah Radz, mereka mengalami pertumbuhan lebih enam peratus dan jualan RM500,000 ke atas dalam enam bulan tahun ini serta berjaya upgrade ke pementoran Titanium. Salah seorang usahawan Spire juga menyaksikan pertumbuhan hingga 5,000 peratus dari Januari hingga Jun lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu, Radz kongsikan, modul dalam pementoran Spire juga kami gunakan dan tambah baik dalam Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) hasil kolaborasi dengan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) yang berjaya lahirkan 21 usahawan desa capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 12 bulan.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd

Image via Richworks (Facebook)

"Pencapaian ini berlaku disebabkan RichWorks yang ditubuhkan sejak 16 tahun lalu ada formula kejayaan seseorang usahawan untuk bina bisnes yang berjaya.

"Hasil pengalaman dan ilmu yang sentiasa ditambah baik bersama barisan speaker dan mentor berpengalaman serta komited untuk memperkasa usahawan yang nak alami pertumbuhan dalam bisnes," ujarnya.

Radz memberitahu, jika ada usahawan di luar sana turut nak alami pertumbuhan dalam bisnes boleh berhubung dengan pasukan RichWorks kerana peluang sentiasa ada meskipun pelbagai cabaran yang pastinya dihadapi bangsa usahawan mengikut tahap masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, mereka boleh hubungi RichWorks di talian 019-2442244 atau layari richworks.com.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: