seismik

Kerap Dengar Bunyi Guli Jatuh & Perabot Diseret? Jawapannya Bukan Seperti Yang Anda Sangka

Bukan gangguan jin mahupun makhluk halus.

Cover image via saludybienestar

Fenomena bunyi guli jatuh dan perabot diseret kerap kali dikaitkan dengan misteri gangguan jin dan makhluk halus

Perkara ini bukanlah suatu yang baru bahkan sudah wujud sejak dulu lagi terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kediaman pangsapuri.

Kononnya apabila kita terdengar bunyi guli jatuh atau perabot diseret bermakna  rumah kita turut didiami makhluk halus ataupun kita sedang diganggu jin.

Namun begitu, terdapat jawapan saintifik mengapa fenomena ini berlaku dan ianya dipanggil Water Hammer

Image via Berita Harian

Fenomena bunyi guli jatuh atau perabot diseret itu sebenarnya terhasil daripada pergerakan air yang terhenti secara tiba-tiba apabila injap air ditutup dan seterusnya meyebabkan air yang mengalir di dalam batang paip akan menghentak dinding paip tersebut.

Bunyi tersebut bergerak lebih laju di dalam pepejal berbanding udara menyebabkan terhasilnya bunyi seolah-olah guli terjatuh di atas lantai.

Boleh lihat video-video di bawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas:

Jangan biarkan hidup kita diselubungi misteri!

Image via Gfycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: