seismik

Terlalu Sayangkan Opah, Cara Atok Ini Luahkan Rindu Pada Arwah Buat Netizen Sebak!

Sedihnya.

Cover image via Twitter @hayihd & Blog Purnomo Dwi

Pasti sedih apabila kehilangan orang yang betul-betul kita cintai

Lebih-lebih lagi dengan cinta sejati yang telah melalui segala susah senang bersama sepanjang hayat dikandung badan.

Gambar hanya sekadar hiasan.

Image via Liputan 6

Namun apakan daya, setiap yang diberi kepada kita itu adalah pinjaman di dunia semata-mata, termasuklah cinta sejati. Apabila cinta sejati itu dipisahkan dengan kematian, maka yang tinggal hanyalah perasaan rindu dan kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati dan dalam ingatan.

Begitulah yang dapat digambarkan tentang kisah seorang atok ini yang hampir setiap malam membacakan surah Yasin kepada arwah opah bagi melepaskan rasa rindu di hati

Menerusi satu tweet yang dikongsikan pengguna Twitter bernama Ibnu Shehri, setiap malam datuknya akan 'sedekahkan' surah itu kepada neneknya yang telah pergi.

Lebih menyentuhkan hati lagi, datuknya menganggap dengan mambacakan surah Yasin, ia merupakan antara cara dia boleh membantu arwah nenek di alam barzakh, ekoran terlalu sayangkan arwah yang telah pergi buat selama-lamanya.

Susulan daripada tweet itu, ramai yang turut sama berkongsikan pengalaman keluarga mereka sendiri. Masing-masing menceritakan kisah yang dilalui orang tua mereka selepas kehilangan orang yang tersayang. 

Antara perkongsian warganet:

Sebaknya baca!

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: