seismik

"Siap Offer KFC, Ajak Tidur Sama" - Lelaki Diganggu Pakcik Psiko Waktu Sedang Berseorangan

Berhati-hati ketika sedang berseorangan.

Cover image via Twitter @syfiqmusa

Pada masa kini, tidak boleh dinafikan bahawa jenayah seksual semakin berleluasa

Saban hari, kes-kes berkaitan kesalahan rogol dan cabul kehormatan sering dilaporkan. Kes penderaan seksual ini bukan hanya terjadi pada golongan kanak-kanak bahkan golongan remaja dan dewasa juga turut berlaku.

Lebih mendukacitakan lagi apabila jenayah seksual ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kerap kali, pemangsa seksual merupakan mereka yang terdiri daripada orang yang dikenali sama ada anggota keluarga ataupun seseorang yang mempunyai status dalam komuniti seperti guru mahupun jiran.

Seorang lelaki bernama Syafiq telah berkongsikan tentang dia diganggu jirannya ketika dia sedang berseorangan di rumah

Syafiq yang pada ketika itu sedang leka bermain PUBG di telefon bimbitnya terkejut apabila mendapati jirannya sedang menjenguknya dari luar tingkap rumah.

Jiran tersebut yang berumur dalam lingkungan 40-an dengan selamba telah menawarkan KFC kepada Syafiq selain menyuruhnya membuka pintu rumah supaya dia boleh masuk.

Lelaki mahupun perempuan, sentiasa berhati-hati lebih-lebih lagi ketika sedang berseorangan di rumah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Check tandas mana tahu ada spy cam dalam tu!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: