seismik

Skrin, Bateri & Storage Besar Boleh Didapati Dalam HUAWEI Y9 Series. Mula Daripada RM799!

Wah, murah. Memang berbaloi sangat!

Cover image via HUAWEI Malaysia

Sekejap je dah nak masuk ke penghujung tahun 2019. Banyak jugak wishlist tak ditunaikan lagi untuk tahun ni.

Image via Giphy

Nak berbelanja lebih sangat pun tak boleh juga sebab duit banyak lagi nak guna untuk keperluan penting. Tapi teelfon pintar itu ibarat hidup segan mati tak mahu dah keadaannya. Tidak mengapa, jangan mengeluh dulu.

Jom kami kongsikan 3 tips mudah untuk jimat berbelanja dan macam mana anda boleh dapatkan telefon pintar idaman sempena hujung tahun ini!

1. Bahagikan perbelanjaan dan simpanan

Image via Moneywise

Pastikan 20% pendapatan korang diasingkan untuk simpanan. 50% lagi untuk keperluan harian serta komitmen bulanan, manakala baki 30% lagi boleh la beli barang yang korang nak.

Tapi kalau korang rasa 20% tu macam agak besar untuk simpanan, boleh mula dengan amaun lebih kecil setiap bulan. Kemudian secara beransur-ansur baru buat savings lebih banyak.

2. Kenal pasti keperluan dan kehendak

Image via Majalah Labur

Di Malaysia, kita boleh dikatakan sangat bertuah sebab ada banyak jualan murah. Pendek kata, ada je promosi sepanjang tahun. Tapi ingat, sebelum beli apa-apa, pastikan dulu barang yang korang nak beli tu benar-benar perlu atau sekadar kehendak.

Sebaiknya elakkan membeli barangan yang tak perlu hanya semata-mata barang tu ada promosi. Kami yakin korang pun tak nak rumah sarat dengan barang yang jarang digunakan.

3. Jadilah pengguna bijak

Hujung-hujung tahun ni mesti smartphone korang pun dah tak berapa nak syok kan? Kalau korang ada perancangan untuk bertukar ke smartphone yang baru dan dalam masa yang sama tengah berjimat, telefon pintar terbaharu daripada generasi HUAWEI Y9 Series iaitu HUAWEI Y9s adalah pilihan terbaik. Harga yang ditawarkan untuk Y9s hanya RM999 sahaja.

Image via HUAWEI

Y9s ini mempunyai features yang BESAR seperti bateri besar, skrin besar dan storan sesar!

Ia dilengkapi dengan skrin besar bersaiz 6.59 inci dengan Paparan Ultra FullView, ruang penyimpanan 128GB, 48MP Triple AI Camera – 48MP Main Camera + 8MP Ultra Wide Angle Camera + 2MP Bokeh Camera dan rekaan kamera hadapan pop-up 16MP serta bateri 4000mAh dan banyak lagi!

Image via HUAWEI

HUAWEI Y9 Series memang mampu milik!

Jadi, kenapa perlu bayar mahal-mahal kalau korang sebenarnya boleh dapat telefon pintar lebih baik dengan harga yang lebih murah? Senang cakap, memang puas hati dan mampu milik.

Image via HUAWEI

Dengan setiap pembelian Y9 Series, korang boleh redeem HUAWEI Band 4 berharga RM139 secara percuma di Member Center tau. Harga yang ditawarkan untuk HUAWEI Y9 Series ni bermula dari RM799. Harga baharu untuk Y9 Prime ialah RM799 manakala HUAWEI Y9s pula RM999 je.

Image via HUAWEI

Memang jimat dan berbaloi habislah! Sebarang maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang HUAWEI atau korang boleh terus kunjungi outlet HUAWEI berhampiran untuk pembelian.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

Canggih betul setiap produk yang dikeluarkan oleh HUAWEI ni!