Sogno Coffee Cheras Kini Secara Rasmi Dibuka, Tawar Ruang Santai Dua Tingkat & Acara Peribadi

Ruang tingkat atas itu dilengkapi bilik khas persendirian dengan susunan tempat duduk fleksibel yang boleh diubah suai mengikut keperluan majlis.

Cover ImageCover image via Sogno Coffee

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat kopi dan pencuci mulut di sekitar ibu negara kini mempunyai destinasi gaya hidup baharu apabila Sogno Coffee Cheras di Bandar Sri Permaisuri secara rasminya membuka pintu kepada orang ramai baru-baru ini

Bukan sekadar menawarkan ruang menikmati hidangan kopi dan pastri, premis dua tingkat yang mampu memuatkan sehingga 100 pelanggan pada satu-satu masa itu turut direka khas untuk penganjuran pelbagai acara peribadi seperti sesi minum petang, pertemuan korporat, serta majlis berskala kecil.

Majlis perasmian cawangan baharu itu berlangsung penuh meriah dengan kehadiran tetamu kehormat, rakan niaga, wakil media, dan pempengaruh, yang dimulakan dengan solat hajat serta majlis kesyukuran bersama pelajar Pusat Tahfiz Al-Quran Attifaqiyah, Taman Dato Keramat, diikuti persembahan istimewa Coffee Ceremony.

SAYS.com
Image via Sogno Coffee

Ketua Pegawai Operasi Sogno Coffee Cheras, Eda Afinie Dato' Hj Mohd Fauzi yang mengemudi perniagaan itu bersama suaminya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Saharuddin Nik Mahmood berkata, bahagian tingkat atas premis berkenaan sememangnya dirancang bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan privasi lebih tinggi.

Menurutnya, ruang tingkat atas itu dilengkapi bilik khas persendirian dengan susunan tempat duduk fleksibel yang boleh diubah suai mengikut keperluan majlis, selain pihaknya turut menjalin kerjasama dengan syarikat pengiklanan sebagai lokasi penganjuran acara serta merancang untuk menawarkan perkhidmatan katering bagi sambutan hari jadi dan tempahan pukal.

Tarikan menu sempena pembukaan cawangan baharu Sogno Coffee di Cheras

  • Minuman & Pastri Istimewa: Menampilkan minuman signature paling laris iaitu Buttercream dan Pink Matcha Velvet, yang digandingkan bersama rangkaian pastri pilihan seperti Coquette Nutelle, Chocolate Kunafa Roll, Plain Croissant, dan Dubai Chewy.
  • Sokongan Jenama Tempatan: Berasal dari Kelantan sejak tahun 2023, jenama yang membawa maksud 'Impian' ini dipilih kerana perkembangan pesatnya serta sambutan memberangsangkan di Lembah Klang.
  • Perancangan Masa Hadapan: Mensasarkan jualan antara RM15,000 hingga RM20,000, pengurusan premis turut meninjau peluang membuka cawangan kedua di lokasi strategik seperti Cyberjaya atau Damansara pada tahun hadapan, di samping menyertai ekspo makanan dan pembukaan kiosk.

ㅤ

Menggabungkan elemen keanggunan dan keselesaan, Sogno Coffee Cheras berhasrat menjadi lebih daripada sekadar kafe biasa, sebaliknya bertindak sebagai hab komuniti untuk jaringan perniagaan, perkongsian idea kreatif, serta pembentukan hubungan bermakna buat setiap pengunjung.

SAYS.com
Image via Sogno Coffee

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS