Ada Sesiapa Lagi Yang Terpedaya Dengan Pakcik 'Winnie The Pooh' Ini?
Dan ada lagikah yang masih tak tahu kisah sebenar di sebalik wajah sedihnya?
Cerita tentang seorang warga emas memakai kostum Winnie The Pooh di bawah panas terik demi sesuap nasi ini telah menjadi viral di serata media Indonesia dan Malaysia
Ramai yang bersimpati dengan Suardi yang katanya kini berusia 74 tahun dan menghidap penyakit strok namun harus terus bekerja untuk menyara keluarga. Maka mengemis inilah punca rezeki beliau.
Namun akhirnya terbongkar kisah sebenar warga emas yang sanggup berjalan kaki berbatu-batu untuk mengemis di Sidarjo ini
Dukacita dimaklumkan bahawa di sebalik kesedihan cerita Suardi, sebenarnya dia adalah seorang yang sangat berkemampuan, bukan saja dari segi harta, tetapi juga dari segi keluarga.
Setelah disiasat pihak berkuasa Indonesia, ternyata Suardi mempunyai sebuah rumah, dua buah motosikal berkuasa tinggi, selain sudah beristeri sebanyak 7 kali dan ada lima orang anak
Ini bermakna, Suardi bukanlah sebatang kara seperti yang diperakuinya. Malahan, hidup dia tidaklah sesusah mana, dan mungkin dia lebih berharta berbanding kamu atau saya.
kaskus.co.idKisah Suardi ini juga penuh putar belit. Contohnya, wanita di sebelah Suardi ini dikatakan mengaku sebagai anak Suardi, sebelum menukar pengakuannya sebagai isteri pula. Haih, macam-macam!
kaskus.co.idPihak hospital yang memeriksa kesihatan Suardi juga memberitahu bahawa beliau seorang yang sihat walafiat, dan bukan seorang penghidap strok
Sebaliknya kita yang simpati pada warga emas ini yang boleh diserang heart attack akibat terlampau geram kerana terpedaya dengan muka simpati beliau.