seismik

Tanpa Sedar, 5 Tabiat Buruk Yang Kita Selalu Buat Ini Boleh Jejaskan Otak Dan Mental

Nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting.

Cover image via corporatebytes.in

Bukan tumor, kemalangan, atau strok. Tetapi tabiat buruk yang anda amalkan setiap hari boleh menjejaskan kesihatan otak anda.

Image via tumblr.com

Apakah tabiat buruk tersebut?

1. Kurang tidur

Image via blogspot.com

Jika ada satu tabiat anda ingin amalkan untuk mendapatkan kesihatan tubuh yang baik, jawapannya ialah mendapatkan tidur yang cukup. Bagi kesihatan mental dan otak khususnya, tidur adalah sangat penting. Ia meningkatkan risiko demensia dan Alzheimer.

Jika anda mengalami masalah untuk tidur, elakkan kafein, alkohol, dan gajet pada waktu malam. Kemudian, cuba bina rutin tidur yang sama setiap hari.

2. Kurang bersosial

Image via wordpress.com

Manusia memang dicipta untuk bersosial. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, risiko masalah mental akan meningkat seperti depresi dan Alzheimer. Kita tidak bercakap tentang bilangan rakan di Facebook tetapi interaksi sosial di dunia sebenar.

Malah, penggunaan media sosial berlebihan boleh mengundang kepada masalah mental kerana pengguna media sosial cenderung untuk menyendiri dari masyarakat. Dapatkan rakan yang sebenar, bukan sekadar likers atau followers di media sosial.

3. Kerap mengambil makanan ringan dan segera

Makanan ringan dan segera mengandungi banyak bahan yang menggangu fungsi otak berkaitan dengan pembelajaran, memori, dan kesihatan mental secara am. Makanan seperti burger, kentang goreng, dan air berkarbonat yang menjadi kegemaran ramai anak muda sebenarnya satu diet yang tidak sihat.

Sebaliknya, makanan yang lebih sihat harus menjadi pilihan seperti bijirin penuh, kekacang, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Ia membantu mengekalkan kesihatan otak serta melambatkan kemerosotan tahap mental.

4. Kurang bergerak

Selain bersosial, manusia juga perlu bergerak, bukan hanya makan sahaja. Kehidupan tidak aktif atau sedentari bukan sahaja menyumbang kepada penyakit mental tetapi juga penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, penyakit jantung, dan strok.

Keluarkan sedikit peluh anda!

5. Mendengar lagu terlalu kuat

Image via pixabay.com

Mendengar lagu menggunakan fon telinga dengan tahap suara 100% boleh merosakkan telinga dan juga membawa kepada gangguan otak.Ia mungkin berlaku disebabkan otak sukar memahami apa yang didengari di sekeliling dan gagal menyimpannya dalam memori.

Rendahkan sedikit suara kurang dari 60% dan cuba kurangkan penggunaan fon telinga.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel daripada Hello Doktor DI SINI:

You may be interested in: