seismik

Ini Perkara Yang Patut Anda Tahu Tentang Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD

Jom menyumbang!

Cover image via RMHC Malaysia

Artikel ini ditaja oleh McDonald’s Malaysia.

Sebagai generasi masa depan, kebajikan kanak-kanak di Malaysia perlu dititikberatkan, tambahan lagi bagi mereka yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan

Kempen Baik Semula RMHC Malaysia dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Media Prima mengajak anda semua mengumpul dana untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang memerlukan ini. Siapa lagi nak bantu untuk jadikan kehidupan mereka lebih ceria, kalau bukan kita?

Sumbangan untuk kanak-kanak yang memerlukan

Image via RMHC Malaysia

Sejak ditubuhkan pada tahun 1990, sudah lebih 30 tahun Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Mudah je nak hulurkan bantuan kepada mereka, anda perasan tak setiap kali pergi McDonald’s, mesti ada satu tabung merah ini di sebelah kaunter pembayaran? Boleh dikatakan, setiap restoran McDonald’s mesti ada tabung merah ini. Melalui tabung inilah RMHC Malaysia bantu kanak-kanak di Malaysia.

Ramai keluarga kurang berkemampuan gembira dengan bantuan yang dihulurkan

Image via RMHC Malaysia

RMHC Malaysia mempunyai empat program utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile dan Program Pek Kembali ke Sekolah.

Jom ketahui dengan lebih lanjut di bawah: 

1. Rumah Ronald McDonald

Image via RMHC Malaysia

Bayangkan kalau anak anda sakit dan perlukan rawatan di hospital dalam tempoh masa yang lama? Tetapi anda tak mampu menyewa hotel untuk teman anak di hospital. Rumah pun jauh, mana nak fikir belanja hospital, duit minyak, duit makan dan macam-macam lagi duit belanja. Mungkin ada antara kita terpaksa lupakan hasrat untuk dapatkan rawatan buat anak anda kan? Kita tidak boleh membiarkan situasi seperti ini terjadi.

Sebab itu, terbinanya Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras dan Hospital USM, Kelantan. Dengan ini, beban keluarga yang kurang berkemampuan dapat dikurangkan. Penjaga boleh tinggal di Rumah Ronald McDonald sementara anak mereka dapatkan rawatan di hospital. Kalau nak tengok anak di wad pun senang je!

2. Bilik Sensori Ronald McDonald

Image via RMHC Malaysia

Untuk keluarga yang mempunyai anak istimewa, anda patut bawa anak anda masuk ke bilik sensori Ronald McDonald ini. Bilik ini dilengkapi dengan peralatan multi deria dan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau kanak-kanak istimewa.

Kalau anda nak tahu, ada 35 buah bilik sensori di seluruh Malaysia. Kanak-kanak yang pernah masuk bilik ini sangat seronok. Suasana bilik ini juga cukup tenang dan selesa supaya mereka boleh belajar dengan cara mereka yang tersendiri.

3. Gift of Smile

Image via RMHC Malaysia

Kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing semestinya tidak minta dilahirkan sebegitu rupa. Ada keluarga yang nak dapatkan rawatan tetapi duit tidak mencukupi. Apakah hadiah istimewa yang patut diberikan kepada mereka?

Program Gift of Smile merupakan hadiah yang terbaik! Kos pembedahan dan rawatan untuk anak-anak mereka yang mengalami sumbing bibir dan lelangit dibiayai sepenuhnya untuk keluarga yang kurang berkemampuan dalam program ini. Kanak-kanak ini dapat senyum dengan manis sekali!

4. Pek Kembali Ke Sekolah

Image via RMHC Malaysia

Baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg baru, semuanya anda akan dapat setiap kali melangkah ke sekolah. Kami yakin anda pernah tengok rakan sekelas yang masih memakai baju atau barang sekolah yang lusuh dan lama. Kasihan kan?

Oleh itu, Pek Kembali Ke Sekolah menaikkan semangat kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan untuk ke sekolah. Kanak-kanak ini dapat barang sekolah baru seperti beg dan alat tulis. Seronok lah mereka nak ke sekolah lepas ni!

Semua program ni betul-betul menyentuh hati dan meringankan beban ramai keluarga. RMHC Malaysia sudah bantu lebih 80,000 kanak-kanak di Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu, dengan pembiayaan lebih RM30 juta.

Sumbangan hasil usaha orang ramai dan rakan korporat!

Image via RMHC Malaysia

Semestinya bantuan yang dihulurkan RMHC Malaysia adalah atas hasil sumbangan ikhlas anda sebagai pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma ke tabung atau Kiosk Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s. Tajaan dan sumbangan dari rakan korporat juga tidak dilupakan. Terima kasih semua!

Penaja utama AJL35, McDonald’s ajak anda sahut Kempen Baik Semula dan RHMC

Image via RMHC Malaysia

Sesiapa yang tengok AJL35 mesti tahu yang McDonald’s jadi penaja utama mereka kan? Semasa Backstage AJL35 yang dihoskan oleh Hefny Sahad dan Neeta Manisha, Siti Nordiana juga dijemput untuk ditemu ramah berkenaan Kempen Baik Semula bersama RMHC.

Siti Nordiana, salah seorang penyanyi lagu Baik Semula berkata, Kempen Baik Semula dan RMHC merupakan satu kolaborasi yang cukup baik dan unik. Sambil-sambil berjuang menentang Covid-19, kita tidak lupa untuk membantu golongan yang memerlukan.

Image via RMHC Malaysia

Kempen Baik Semula akan diteruskan sehingga akhir bulan Mei ni. Oleh itu, McDonald’s nak ajak anda semua untuk terus hulurkan sumbangan ikhlas ke tabung RMHC Malaysia sempena Kempen Baik Semula.

Image via RMHC Malaysia

Anda boleh buat sumbangan melalui pemindahan wang ke akaun Maybank RMHC Malaysia atau imbas QR kod Touchn’Go dan Boost. Boleh rujuk gambar di atas. Selain tu, anda juga boleh menderma kepada tabung dan Kiosk Layan Diri di McDonald’s.

Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s, RMHC Malaysia akan menggunakan dana yang berjaya dikumpulkan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Usaha murni oleh RMHC Malaysia ni patut disokong!

Image via RMHC Malaysia

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

Akhir kata, jom kita sama-sama membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan. Selamat menderma semua!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik