Tak Dapat Hadir Konvo Anak Sebab Kena Strok Di UK, Lelaki Perlu Dana RM367k Untuk Pulang

Sahrom masih terlantar di hospital setelah 3 minggu.

Hari terindah seorang pelajar untuk menyambut graduasi bertukar mimpi ngeri setelah bapanya diserang strok secara mengejut beberapa hari sebelum majlis berlangsung

Pelajar Malaysia, Nur' Amalina Sahrom, 28, yang melanjutkan pelajaran di Loughborough University, United Kingdom sepatutnya menghadiri majlis graduasinya pada Isnin, 17 Disember 2018.

Sambutan graduasi itu menjadi lebih istimewa apabila bapanya, Sahrom Ahmad, 58, terbang dari Malaysia semata-mata untuk menghadiri majlis tersebut bagi meraikan anaknya itu.

Amalina dan bapanya, Sahrom.

Image via Twitter @unicornbaehh

Malang tidak berbau, bapanya diserang strok secara mengejut beberapa jam selepas mendarat di London dan dikejarkan ke Charing Cross Hospital untuk menerima rawatan.

Kes ini telah diceritakan oleh sepupu Amalina yang dikenali sebagai Eryn menerusi Twitter.

Pihak hospital mendapati bahawa bapanya mengalami pendarahan otak dan perlu dibedah bagi menyelamatkan nyawanya.

Setelah segala pembedahan dan rawatan dijalankan, keluarga ini perlu membayar bil hospital sebanyak RM367,000!

Kos itu TIDAK termasuk kos penerbangan bagi membawa bapanya pulang ke Malaysia bersama pasukan perubatan dan peralatan perubatan khas.

Sehingga 3 Januari 2019, bapanya masih tidak sedarkan diri dan masih terlantar di hospital.

Sahrom dilapor masih terlantar di Charing Cross Hospital.

Image via GoFundMe

Urusan untuk membawa bapanya pulang bertambah rumit kerana ia melibatkan polisi dan birokrasi syarikat insurans

Walaupun bapanya membeli pelan insurans premium yang membolehkan dirinya menebus balik insurans perubatan sehingga RM300,000, pelan yang diambil itu adalah 'pay and claim' (bayar dan tuntut) kemudian.

Oleh itu, keluarga ini terpaksa mencari dana untuk langsaikan bil tersebut terlebih dahulu, kemudian baru dibenarkan untuk tuntut daripada syarikat insurans.

Amalina tidak dapat menghadiri majlis graduasinya.

Image via Twitter @unicornbaehh

Bercakap kepada Mstar, Nur' Amalina merayu agar ada mana-mana pihak yang sudi membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

"Saya harap ada pihak yang sudi membantu kami membawa pulang ayah saya. Buat masa ini, kami juga sedang berbincang dengan pihak insurans agar dapat membiayai kos perubatan sekali gus membawanya pulang," katanya.

Dengan bantuan daripada orang ramai, jumlah dana yang terkumpul sekarang sudah mencecah RM213,000 ketika artikel ini ditulis

Image via GoFundMe

Seorang rakan Nur' Amalina yang dikenali sebagai Nadilla telah memulakan kempen 'Bring Uncle Sahrom Samad Home' menerusi GoFundMe beberapa hari lalu.

Dalam masa 4 hari sahaja, jumlah dana yang terkumpul sudah melebihi separuh dan hanya baki RM154,000 sahaja diperlukan bagi menjayakan misi ini.

Kempen ini turut mendapat perhatian Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia yang sama-sama mengajak orang ramai untuk membantu membawa Uncle Sahrom pulang ke Malaysia.

Please help bring him home to Malaysia. I’ve donated. It doesn’t matter how little or how much you can donate - even...

Posted by Zarith Sofiah Idris on Monday, January 7, 2019

Bekas majikan Sahrom, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga membantu dengan memberi sumbangan sebanyak RM50,000.

"Ini adalah inisiatif kami sendiri untuk membantu seorang tenagawan," kata seorang pegawai TNB kepada Mole.

Bagi anda yang ingin bantu meringankan beban keluarga Nur' Amalina, sumbangan boleh dibuat menerusi laman GoFundMe

Sama-sama kita bantu Uncle Sahrom pulang ke Malaysia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment