seismik

Dalam 2 Hari, Rakyat Msia Berjaya Kumpul RM51k Untuk Bebaskan Adib Dari Penjara Thailand

Inilah kuasa orang kita!

Cover image via instagram @fy_baharuddin

Dua hari lalu, tersebar berita tentang seorang warga Malaysia yang dilapor telah dipenjara hampir sebulan di Thailand sejak 14 Disember 2018

Warga Malaysia tersebut, Wan Mohamad Amirul Adib dipercayai telah ditahan dalam satu sekatan jalan semasa berada di Sadao, Thailand gara-gara memiliki walkie talkie.

Adib yang pertama kali menjadi pemandu pelancong tidak menyangka perkara ini boleh menjadi begitu serius, sehinggakan dirinya dipenjara di sana. Nampaknya, memiliki walkie talkie di Thailand adalah lebih berat daripada memiliki sepucuk pistol.

Kes ini telah dikongsi oleh isteri Adib sendiri Nur Afiqah binti Baharuddin menerusi Instagram @fy_baharuddin

View this post on Instagram

2019 is coming Wish you were here #prayforamiruladib

A post shared by Fy B (@fy_baharuddin) on

Menurut Afiqah, suaminya ditahan atas tiga sebab iaitu:

1. Walkie talkie
2. Pas Pelancong
3. Permit kenderaan

Lebih buruk, Adib memerlukan sejumlah wang ikat jamin sebanyak RM51,000 kerana beliau bukan seorang warganegara Thailand

Baca perkongsian penuh Afiqah di bawah:

View this post on Instagram

ADIB MANGSA KEADAAN Adib pertama kali kerja menjadi pemandu pelancong dan pertama kali pergi keluar negara.Excited buat passport. Adib dah fikir nak makan kat Hatyai tu makanan sedap2. 14.12 - Bertolak ambil pelancong di Perak terus menuju ke sempadan. Dah lepas border semua lepastu dekat Sadao ada roadblock. Adib kena tahan sebab Walkie Talkie. Then Adib call yg bawa satu lagi kereta supaya sorok Walkie Talkie. Adib ingat kes ni kecil boleh settle. Rupanya kes ni berat. Lagi berat dari bawa pistol. 15.12 - Masuk penjara disana. Sampai sekarang masih disana..Nak jamin Adib kena ada 400k Bath / 51k Malaysia. Harga tinggi sebab Adib bukan warganegara Thailand. Adib disaman atas 3 kes :- 1. Walkie Talkie 2. Pas pelancong 3. Permit kenderaan Sepatutnya kes diatas , syarikat yang Adib bekerja patut tahu sebelum masuk negara orang. Sekarang ni yang duduk dalam penjara Adib , dah la pertama kali masuk penjara , negara orang pulak tu. Sebab semua kes tu jatuh ke Adib sebab dia pemandu pelancong. Boss Adib ada bagi duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja bkn separuh. Boss kata dia tak mampu kalau banyak sangat sebab perniagaan dia baru berjinak 2 tahun lebih.. Jadi sekarang ni kami dah ada separuh dari 51k dan nak cari lagi separuh. Kami nak minta jasa baik semua untuk bantu Derma Kilat walaupun Rm 1 itu dah memadai. ( SUMBANGAN DAH MENCUKUPI ) Sesiapa nak tanya lebih lanjut boleh whatsapp / call :- 019 398 7679 Hanya الله sahaja dapat balas jasa baik semua dan Doa kalian juga dapat meringankan beban kami semua.. Aminn #PrayForAmirulAdib

A post shared by Fy B (@fy_baharuddin) on

Selepas berita ini tersebar, rakyat Malaysia bertubi-tubi menghulurkan bantuan dengan menderma dana demi membebaskan Adib dari penjara Thailand

Dan dalam masa dua hari sahaja, wang ikat jamin sebanyak RM51,000 itu berjaya dikumpul.

Afiqah menerusi Instagram memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi membantu meringankan beban dia sekeluarga.

"Jauh di sudut hati, saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Walaupun kita tak mengenali satu sama lain, tapi anda ikhlas membantu saya tanpa minta dibalas. Tanpa anda, saya tak akan mampu nak kumpul duit yang diminta.

"Saya hanya mampu ucap terima kasih dari awal hingga akhir dam semoga anda dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda dari Allah," tulis Afiqah.

Tulisan penuh baca di sini.

Kes ini membuktikan betapa hebatnya sikap prihatin rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu, pada masa yang sama menzahirkan kerelaan rakyat untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan

Semoga Adib dapat dibebaskan dari penjara Thailand dan bertemu dengan keluarga tercinta secepat mungkin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baru-baru ini juga, pasangan warga emas dari Malaysia perlu membayar pampasan sebanyak RM200,000 setelah terbabit dalam satu insiden kemalangan di Thailand. BACA SINI:

Lagi mengenai Thailand:

You may be interested in: