"Tak Guna Wisel" - Gelagat Cikgu Buat Bunyi Sendiri Masa Acara Larian Ini Menghiburkan
Nyaring tu bunyi wiselnya.
Kebiasaannya, jika kita lihat acara larian pasti akan ada bunyi atau wisel untuk memulakan pertandingan
Contohnya seperti bunyi wisel yang sering kita dengar dalam acara larian betul tak? Peserta akan mula berlari sebaik saja mendengar bunyi tersebut.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang guru membuat bunyinya sendiri ketika menjaga acara larian telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak ada wisel, 'bantai' buat bunyi sendiri
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang guru sedang menjaga acara larian di sekolahnya. Dapat dilihat juga beberapa orang murid telah pun bersiap sedia.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah guru itu menggunakan suaranya sendiri sebagai wisel. Malah, dia membuat 'bunyi' untuk melepaskan acara lumba lari tersebut.
"Ke garisan, sedia, arhh!."
"Boleh guna sound ni untuk panggil anak balik masa memain" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar bunyi yang dihasilkan daripada guru tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 767.5K views, 68.6K likes dan 1,370 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!