"Tak Pasal-Pasal Kena Merempit" - Akak RELA Hantar Graduan Pergi Dewan Ini Curi Tumpuan
Jalan sesak dalam kampus sebab majlis konvokesyen.
Difahamkan, sekarang ini musim majlis konvokesyen yang berlangsung di setiap universiti
Para graduan dilihat sangat teruja untuk menghadiri majlis tersebut bagi meraikan penat lelah mereka melanjutkan pelajaran. Sebagai graduan yang diraikan, sudah tentu akan bersiap kemas dan cantik untuk pergi ke dewan.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang graduan telah lambat gara-gara kesesakan lalu lintas dalam kampus telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Akak RELA sanggup hantarkan dengan motor
Menerusi video berkenaan, kelihatan kesesakan lalu lintas sedang berlaku di dalam kampus disebabkan majlis konvokesyen.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang gadis dilihat meminta tolong akak RELA untuk menghantarnya ke dewan gara-gara telah lambat. Disebabkan takut terlepas sidang majlis konvokesyen, dia terpaksa merempit dengan akak RELA.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Ni baru betul kenangan manis, boleh cerita smpai ke anak cucu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 735K tontonan, 62K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!