Tak Perlu Terbang Ke Jepun! Anda Kini Boleh Main Ski & Snowboard Dalam Mall Di PJ

Sebelum pergi ski trip, boleh berlatih dulu dekat sini.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau selama ini anda teringin nak cuba ski atau snowboard tetapi tak tahu nak bermula di mana, kini ada satu lokasi di Petaling Jaya yang membolehkan anda belajar asas sukan musim sejuk ini tanpa perlu ke luar negara

Terletak di Hextar World, Empire City, Slope Master merupakan pusat dry ski slope profesional pertama di Malaysia yang menawarkan kelas ski dan snowboard untuk semua peringkat, sama ada anda langsung tiada pengalaman atau sudah mahir.

Berbeza dengan pusat ski biasa yang menggunakan salji, Slope Master menggunakan permukaan dry slope khas yang direka untuk memberikan pengalaman hampir sama seperti bermain ski atau snowboard di atas salji. Ini membolehkan orang ramai berlatih sepanjang tahun tanpa perlu menunggu musim sejuk.

SAYS.com
Image via Slope Master Malaysia (Facebook)

Sesuai untuk yang nak buat persediaan sebelum ski trip

Kalau anda bercadang bercuti ke Jepun, Korea Selatan atau negara-negara Eropah yang terkenal dengan aktiviti ski, tempat ini boleh dijadikan lokasi latihan sebelum mencuba cerun sebenar.

Silibus pembelajaran di sini dibahagikan kepada lima tahap iaitu:

  • Foundation
  • Beginner
  • Intermediate
  • Advanced
  • Professional

Setiap peringkat memberi fokus kepada teknik asas seperti posisi badan, keseimbangan, kawalan papan dan teknik membelok, dengan bimbingan jurulatih bertauliah.

SAYS.com
Image via Slope Master Malaysia (Facebook)

Ada simulator, kanak-kanak pun boleh sertai

Selain dry slope, pusat ini turut menyediakan simulator ski dan snowboard bagi membantu pelajar membiasakan diri dengan pergerakan asas dalam suasana yang lebih selamat sebelum mencuba cerun sebenar.

Menariknya, Slope Master dibuka kepada individu berusia lima tahun ke atas, manakala kelengkapan seperti kasut khas dan peralatan keselamatan turut disediakan. Jadi anda tak perlu membeli sebarang peralatan sendiri untuk sesi pertama.

Bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman, sesi self-riding juga ditawarkan untuk berlatih secara bebas.

Sesi bermain di dry slope ditawarkan pada harga RM54 sejam, manakala kelas bersama jurulatih berharga sekitar RM200 hingga RM400, bergantung kepada pakej dan teknik yang dipelajari.

Lokasi:
Hextar World, Empire City
Z5-UG-88 & 89, Upper Ground, Zone 5,
8, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.

Bagi yang dah lama simpan impian nak belajar snowboard atau ski tetapi belum berpeluang ke negara bersalji, mungkin ini masa terbaik untuk mula berlatih tanpa perlu naik kapal terbang terlebih dahulu.

Fetching content==

Untuk maklumat lanjut atau menempah sesi, orang ramai boleh melayari Ticket2U atau laman web rasmi Slope Master.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: