Tan Cheng Hoe Kembali ‘Ambil Alih’ Skuad Bola Sepak Negara

Selamat kembali coach!

Enlarge text
Cover ImageCover image via FAM & The Star

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih Interim skuad bola sepak negara menggantikan Peter Cklamovski

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM semalam, organisasi itu memaklumkan pelantikan Tan Cheng Hoe dibuat selepas mengambil kira pengalaman, rekod pencapaian serta pemahaman mendalamnya terhadap landskap bola sepak negara.

"FAM yakin pengalaman, kepakaran dan pengetahuan beliau mengenai bola sepak tempatan akan menjadi aset penting dalam usaha memperkukuhkan prestasi skuad Harimau Malaya.

"FAM berharap pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih Interim Pasukan Kebangsaan akan kembali memberi suntikan baharu kepada Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan di peringkat Asia dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Pada April 2025, jurulatih berusia 58 tahun kelahiran Alor Star, Kedah ini telah kembali berkhidmat di FAM apabila dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Kebangsaan.

SAYS.com
Image via Bernama

Mempunyai pengalaman luas dalam industri bola sepak negara

Menurut FAM, Cheng Hoe telah memulakan karier kejurulatihan sebagai Penolong Jurulatih skuad B-20 kebangsaan dari tahun 2005 hingga 2009 sebelum mengisi jawatan Penolong Jurulatih skuad B-23 kebangsaan mulai 2009 hingga 2010.

"Beliau turut menggalas tugas sebagai Penolong Jurulatih Pasukan Kebangsaan dari 2009 hingga 2013 dan kembali berkhidmat pada tahun 2017.

"Tan Cheng Hoe kemudiannya secara rasmi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan mulai Disember 2017 hingga Disember 2021.

"Antara kejayaan manis yang diraih beliau adalah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku Ketua Jurulatih," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: