Tanya Sejarah Tentang Cucuk Sanggul, Uncle Ini Kongsi ‘Kegunaan Lain’ Di Zaman Dahulu
Baru tahu.
Mempelajari sejarah dan budaya pada zaman dahulu akan sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada kita
Banyak sebenarnya sejarah orang dulu-dulu yang kita tidak tahu dan ada juga yang tidak sangka ia pernah terjadi pada zaman dahulu.
Bertanya itu tak salah, malah lagi bagus jika kita sendiri ingin mengkaji semula dan mengetahuinya dengan lebih mendalam.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita terkejut mendengar penjelasan seorang uncle tentang 'kegunaan lain' cucuk sanggul rambut telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kongsi sejarah dulu mengenai cucuk sanggul rambut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah kedai sambil berborak mengenai cucuk sanggul rambut dengan seorang uncle.
Kata uncle itu, sebenarnya cucuk sanggul ini pernah mempunyai 'kegunaan lain' pada zaman dahulu. Difahamkan, jika ada lelaki mengganggu para wanita dan ingin memperkosa mereka, cucuk sanggul digunakan untuk menamatkan riwayat wanita itu sendiri.
Bukan itu saja, dia juga menjelaskan cucuk sanggul pada zaman dahulu memang sengaja dibuat tajam berbanding zaman sekarang yang perlu ‘ditumpulkan’ untuk digunakan sebagai alat mempertahankan diri wanita.
Muncung hujung sanggul yang tajam itu sebenarnya tidaklah dibuat kerana untuk menahan rambut dari terjatuh tetapi, ia digunakan untuk mengikat rambut, muncungnya haruslah mempunyai dua hulu mata yang tajam.
"Terbaik uncle, perhiasan wanita dulu bukan hanya sekadar berhias, untuk keselamatan juga" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi benda sama dan apa yang mereka tahu mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 520.5K views, 63.2K likes dan 720 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!