Tarikan Baharu Zoo Negara, Habitat Memerang Terkecil Di Dunia Kini Boleh Dikunjungi

Boleh bawa anak-anak!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zoo Negara telah membuka sebuah pameran baharu yang dikhususkan untuk memerang kuku kecil Asia, iaitu spesies memerang terkecil di dunia

Habitat baharu memerang ini terletak betul-betul di hadapan pameran kapibara, jadi anda boleh melawat kapibara serta jiran baharu mereka yang bersaiz kecil itu dalam satu kunjungan.

Buat masa ini, terdapat lapan ekor memerang kuku kecil Asia di pameran tersebut, dan mereka sudah pun memecahkan suasana pameran baharu itu dengan gelagat yang penuh bertenaga ditunjukkan.

SAYS.com
Image via @zoonegara_malaysia (Instagram)
SAYS.com
Image via @zoonegara_malaysia (Instagram)
SAYS.com
Image via @zoonegara_malaysia (Instagram)

Memerang kuku kecil Asia terkenal dengan sifatnya yang sangat suka bersosial dan boleh hidup dalam kumpulan keluarga yang terdiri daripada sehingga 15 ekor

Habitat ini gemar meluangkan masa bersama-sama, sama ada dengan saling berkejaran, bergelut secara main-main, mahupun meluncur menuruni tebing berlumpur.

Walaupun aksi bermain itu kelihatan comel, ia sebenarnya penting bagi mereka. Aktiviti-aktiviti ini membantu memerang mengembangkan kemahiran memburu dan kemahiran sosial.

Spesies ini juga dikenali kerana kukunya yang kecil, agak pendek dan tidak melebihi hujung jarinya. Tapak kakinya yang sensitif membantunya mencari dan mengendalikan makanan.

SAYS.com
Image via @zoonegara_malaysia (Instagram)
SAYS.com
Image via @zoonegara_malaysia (Instagram)

Dengan kehadiran lapan ekor memerang kecil di pameran baharu tersebut, pengunjung kini mempunyai lebih banyak sebab untuk singgah ke Zoo Negara

Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat binatang-binatang ini sedang asyik bermain.

Sesuai untuk membawa anak-anak yang pasti gembira dapat melihat dan mempelajari tentang kehidupan ini.

SAYS.com
Image via @zoonegara_malaysia (Instagram)

Lihat video haiwan tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: