Terbaik! Bagi Cegah Covid-19, Masjid Jamek KL Buat Saringan Terhadap Jemaah Solat Jumaat
Bagus cara ni.
Penularan wabak Covid-19 telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan seluruh masyarakat di dunia termasuk Malaysia
Di negara ini sendiri, jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu dilihat semakin meningkat dari hari ke hari sehingga menyebabkan beberapa acara berskala besar juga dinasihat untuk dihentikan.
Malah ekoran dari penularan wabak Covid-19 di negara ini, solat Jumaat di seluruh negeri Perlis pada hari ini turut dibatalkan dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.
Kewajipan solat Jumaat ini bagaimanapun telah diteruskan di negeri-negeri lain seluruh Malaysia dengan ada daripadanya mengambil pendekatan yang berbeza dan bijak bagi menangani wabak tersebut.
Sebentar tadi, viral di Facebook yang memperlihatkan ahli jawatankuasa Masjid Jamek Kuala Lumpur membuat saringan terhadap setiap jemaah yang datang
Situasi serta gambar tersebut telah dikongsikan di laman Facebook ViralMeletop.
Inisiatif yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa masjid itu semestinya telah mendapat perhatian dalam kalangan netizen.
Baru beberapa jam sahaja dikongsikan, ia telah mendapat lebih daripada 1 ribu shares.
Rata-rata netizen yang melihat usaha itu memuji tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai suatu langkah yang bijak dan terpuji