seismik

Terima Banyak Mesej Nak Minta Bantuan, Pinn Yang Cadang Mungkin Mahu Buka Yayasan

Semoga cadangan Pinn Yang ini tercapai.

Cover image via @pinnyang (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh terkenal, Pinn Yang mendedahkan dia mengakui menerima banyak mesej dan e-mel yang meminta bantuan kewangan daripadanya

Ketika ditemui di sidang media TikTok Awards 2024, Pinn Yang yang juga merupakan CEO Good Foodie Media, memberitahu oleh kerana terlalu banyak mendapat mesej memerlukan bantuan, dia ada bercadang mahu membuka yayasan sendiri supaya boleh membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

Namun, tambahnya dalam pada ramai yang betul-betul memerlukan bantuan, ada juga yang mengambil kesempatan.

"Ada yang mesej saya minta bantuan seperti nak beli susu anak, untuk pendidikan dan sebagainya. Saya bagi je bantuan tapi tak dinafikan, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan beberapa nombor telefon berbeza.

"Jadi saya rasa mungkin saya boleh buat yayasan untuk tolong orang, biar organisasi atau komuniti yang bagi bantuan tu. Saya memang tak boleh tolong semua orang, terlalu banyak.

"Saya kena naikkan bisnes saya lagi, bila dapat keuntungan saya boleh berkongsi dengan ramai orang,"
katanya.

Image via Oh Bulan

Pinn Yang juga merupakan CEO kepada rangkaian Good Foodie Media yang meliputi semua jenama platform foodie iaitu Penang Foodie, KL Foodie, Johor Foodie, Halal Foodie. Mereka juga telah kembangkan sayap ke Jakarta dan Bangkok.

Untuk maklumat anda, Pinn Yang tercalon dalam kategori TikTok Shop Creator of the Year di TikTok Awards 2024 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini.

Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada pukul 9 malam, Ahad, 11 Ogos 2024!

Image via TV3 Malaysia
Image via TV3 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: