seismik

[TERKINI] Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang Dijangka Berlarutan 4 Hari Lagi

Pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari.

Cover image via Berita Harian & Malay Mail

Gangguan bekalan air membabitkan hampir 1.2 juta akaun di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang ketika ini dijangka berterusan sekurang-kurangnya empat hari lagi

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman, berkata ia berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

Setakat jam 2.30 petang hari ini, katanya, pencemaran masih dikesan di muka sauk loji berkenaan dan berada pada tahap 1 TON.

"LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 belum dapat beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh tiga kali berturut-turut. Ujian bacaan tiga kali ini dibuat setiap 30 minit.

"Apabila LRA ini mula beroperasi, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari," katanya.

Sementara itu, premis perindustrian Sungai Gong yang dipercayai menjadi punca gangguan bekalan air di Selangor kini telah dikenakan kompaun dan disita oleh kerajaan negeri

Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, kertas siasatan juga telah dibuka terhadap kilang penyelenggaraan jentera berat milik Yip Chee Seng & Sons Sdn. Bhd. itu.

“Tindakan sewajarnya telah diambil di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan dan menyokong agar pindaan dilaksanakan utk hukuman di peringkat Persekutuan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: