seismik

"I Felt Really Sad & Disappointed" - Ini Respon Veveonah Terhadap Timbalan Menteri

It hurts.

Cover image via Veveonah Mosibin (Facebook)

Semalam tular isu mengenai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mendakwa Veveonah Mosibin menjalani peperiksaan sehingga memanjat pokok adalah palsu di Dewan Negara

Isu berkenaan mendapat perhatian netizen dan Datuk Zahidi dalam satu kenyataan di Facebooknya mengatakan bahawa beliau telah menerima maklumat tidak tepat berhubung isu Veveonah.

Oleh itu, beliau telah memohon maaf di Facebook miliknya dan akan membuat pembetulan di Dewan Negara pada hari Isnin nanti.


Begitupun, Veveonah dalam satu kenyataan di Facebook miliknya meluahkan rasa kecewa dan sedih atas kenyataan Datuk Zahidi terhadap dirinya

Menurut Veveonah, pada mulanya beliau tidak menyangka video pengalamannya sukar mencari capaian Internet sehingga perlu memanjat pokok akan viral.

Katanya lagi, namanya menjadi viral sekali lagi namun ia bukanlah sesuatu yang baik dan dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan komen buruk serta negatif netizen di media sosial.

Walau bagaimanapun, dia berterima kasih kepada mereka yang menyokong dirinya dan maafkan kesemua kesalahan orang ramai.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan Veveonah hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: