seismik

[TERKINI] PKPB Di Seluruh Semenanjung Kecuali Perlis, Kelantan & Pahang

Berkuat kuasa selama sebulan bermula 9 November hingga 6 Disember ini.

Cover image via Berita Harian & Berita RTM

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang

Menurut sumber, PKPB itu akan berkuat kuasa selama sebulan bermula 9 November hingga 6 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri yang terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPB ini juga akan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November ini.

Kelantan, Pahang dan Perlis, yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri juga adalah tidak dibenarkan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah di dalam ketiga-tiga negeri berkenaan dibenarkan seperti biasa.

Sementara itu, katanya, bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, katanya, pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti diumum dan dilaksanakan dalam PKPB sebelum ini. 

Kita nak kurangkan pergerakan dari kawasan negeri dan daerah supaya tiada jangkitan berlaku terutamanya di daerah yang berlaku peningkatan kes," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel mengenai #Belanjawan2021 yang sedang trending hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: