seismik

[TERKINI] Rentas Daerah Kini Dibenarkan Di Seluruh Negeri Kecuali Di Sabah Mulai 5 Mac Ini

Begitupun, larangan rentas negeri di seluruh negara masih kekal.

Cover image via The Star

Kerajaan kini membenarkan rakyat Malaysia untuk merentas daerah di seluruh negeri kecuali di Sabah bermula 5 Mac ini

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walau bagaimanapun, larangan rentas negeri di seluruh negara masih kekal.

Sementara itu, 4 buah negeri ditukarkan status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.


Manakala, sebanyak 6 buah negeri ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula dikuatkuasa di Sabah, Melaka, Pahang, Putrajaya dan Labuan.

Tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di dalam negara

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: