[VIDEO] Tertekan Akibat Dirogol Bapa Kandung Sendiri, Remaja Ini Nekad Lari Dari Rumah
Mangsa mendakwa dirogol setiap minggu sejak Februari lalu.
Akibat tertekan dirogol bapa kandungnya secara berterusan sejak Februari lalu, seorang remaja perempuan nekad melarikan diri dari rumahnya
Menurut laporan, kes terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada polis yang menemuinya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ketika mahu pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa memaklumkan dia dirogol bapanya yang berusia 42 tahun di rumah mereka.
"Siasatan awal mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang bulan tanpa pengetahuan sesiapa.
Suspek dikatakan merogol mangsa pada awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur," katanya.
Mangsa takut dan tertekan, pernah cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai Jun lalu
"Mangsa adalah anak tunggal yang masih bersekolah di sekolah menengah di daerah Ampang. Ibu bapanya sudah bercerai sejak 2004 iaitu sejurus selepas mangsa dilahirkan.
Sebelum ini, mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang, Kedah. Namun, pada September 2019, bapa kandungnya (suspek) mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa tinggal bersama isteri serta empat anak tiri di rumahnya," katanya lagi.
Suspek mempunyai rekod satu kes rogol sumbang mahram membabitkan adik iparnya pada 2004
Menurut sumber lagi, semakan mendapati ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.
Suspek direman selama tujuh hari bermula 2 hingga 6 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol secara sumbang mahram.
Berikut di bawah adalah keterangan penuh daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Farouk Eshak: