seismik

"Tiada Lagi Tol Percuma Sempena Musim Perayaan Mulai Tahun Ini" - Menteri Kerja Raya

Difahamkan, perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.

Cover image via Utusan Malaysia & Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.

Tanpa menyatakan pendekatan bersasar berkenaan, beliau berkata: "Tiada lagi tol percuma musim perayaan".

"Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan.

"Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, ...akan dibincangkan.

"(Keputusan ini kerana) ...kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Image via Berrnama

Kerajaan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan kerana kos pemberian tol percuma dibayar oleh kerajaan.

Secara puratanya, kerajaan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma.

Pada tahun lalu saja, kerajaan membayar RM80.07 juta sempena Aidilfitri, Deepavali RM42.31 juta; Tahun Baru Cina (RM41.21 juta) dan RM38 juta pada Krismas lalu.

Sebagai rekod, pemberian tol percuma pada Krismas lalu adalah yang terakhir sempena musim perayaan yang diberikan kerajaan.

Gambar sekadar hiasan

Image via Utusan Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: