Tips Nak 'DIY' Travel Luar Negara Tanpa Ikut Agensi Pelancongan, Lebih Murah & Bebas!
Bolehlah berbelanja lebih dengan duit yang ada.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang sudah semestinya mempunyai impian untuk bercuti ke luar negara bukan?
Namun, bukan setiap orang mempunyai bajet lebih untuk pergi ke sesebuah percutian apa lagi kalau negara yang mahal.
Kebiasaannya, orang yang ingin melancong akan pergi secara sendiri atau agensi pelancongan. Tahukah anda, sebenarnya pergi dengan sendiri jauh lebih murah daripada pergi dengan agensi pelancongan.
Cumanya, kena buat kerja rumah sikit sebelum pergi. Nak tahu tips travel tanpa guna agensi? Jom baca di bawah!
1. Pilih negara yang korang nak pergi
Kalau korang dah ada destinasi negara, senang sikit nak buat itinerary dan sebagainya.
Untuk beginner, pastikan korang pergi ke negara yang senang faham bahasanya supaya lebih mudah untuk berkomunikasi.
Bagi tarikh pula, pastikan korang pergi masa low season supaya harga tiket tak mahal.
2. Beli tiket return secara berasingan
Beli tiket secara berasingan nampak menyusahkan namun kadangkala ia boleh jimat lebih RM100 dan ke atas.
Pastikan buat perbezaan dulu sama ada beli tiket return sekali lebih berbaloi atau berasingan.
Jangan lupa untuk tetapkan juga tarikh korang pergi dan balik. Kalau nak lebih jimat, tetapkan tarikh pergi dan balik pada jualan tiket paling murah.
3. Research attractions yang korang nak pergi sepanjang di negara itu
Macam mana nak research tempat-tempat menarik? Kini telah wujud pelbagai aplikasi untuk cari tempat-tempat menarik di sebuah tempat.
Selain Google, korang boleh tengok review orang lain dekat TikTok, Instagram dan banyak lagi.
Tips paling penting, pastikan korang double check tempat yang nak pergi dengan tempat penginapan. Kalau jauh, korang mungkin perlu fikirkan cara untuk pergi dan balik.
Pastikan korang susun tempat mengikut daerah supaya perjalanan korang lebih jimat masa dan tenaga.
Untuk negara yang mempunyai aplikasi peta tersendiri, pastikan korang muat turun dulu ya. Sebagai contoh, aplikasi Naver untuk negara Korea.
4. Pengangkutan semasa melancong
Pastikan korang dah tau nak naik pengangkutan jenis apa untuk pergi dari satu tempat ke destinasi lain.
Kalau tempat itu jauh, korang terpaksa research pengangkutan awam seperti bas atau kereta api. Kalau dekat, boleh saja naik teksi, Grab atau sewa motosikal.
Namun, pastikan korang kira dulu kos menyewa sesebuah kenderaan dan bandingkan dengan jenis kenderaan yang lain.
Kalau korang pergi secara berkumpulan, lebih baik untuk sewa van berbanding menaiki bas. Ia bukan saja lebih jimat, malah korang juga akan duduk lebih selesa.
5. Pilih hotel yang dekat
Pastikan korang pilih hotel yang berdekatan dengan tempat attractions yang korang nak pergi.
Tips untuk pergi ke negara yang maju seperti Singapura, Korea, Jepun, korang boleh pilih hotel yang berdekatan dengan pengakutan awam seperti MRT mereka.
6. Susun itinerary dan bawa kelengkapan
Kalau ikut agensi pelancongan, mereka akan susun itinerary korang bukan? Korang tinggal pack baju dan pergi saja.
Lain dengan DIY trip sendiri, semuanya korang perlu fikir sebagai contoh susun itinerary sendiri dan fikir cara untuk sampai ke destinasi tersebut.
Jangan lupa untuk bawa baju yang bersesuaian dan ubat-ubatan yang perlu!
7. Roaming lebih berbaloi berbanding beli kad sim negara melancong
Di Malaysia, banyak telco yang menawarkan pakej roaming yang lebih murah berbanding membeli kad sim sesebuah negara.
Bukan setakat itu, roaming juga membolehkan korang akses aplikasi yang dihadkan di sesetengah negara seperti di China korang tak dibenarkan untuk akses Facebook, Instagram dan sebagainya.
Dengan roaming saja, korang boleh akses aplikasi seperti biasa di sana.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!