seismik

"Tolong" - Lelaki Cuak Tersangkut Dalam Gelongsor Di Waterpark Ini Buat Ramai Turut Panik

Nasib baik ada orang jaga.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, terdapat banyak taman tema air yang kita boleh bermain bersama rakan-rakan atau ahli keluarga

Kebiasaannya taman tema akan penuh pada musim cuti. Namun, bukan semua aktiviti dan permainan di situ ramai orang berani untuk cuba.

Iyalah, tambahan lagi dengan gelongsor yang tinggi dan laju. Pasti ada dekat sini yang pernah cuba bukan? Kalau yang jenis takut itu, lebih baik jangan cuba takut lain pula jadi.

Tular sebuah video di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki tersangkut di dalam sebuah gelongsor air semasa sedang bermain telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sampai tersilap nak cari jalan keluar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sebuah taman tema air. Dapat dilihat dia sedang bersiap sedia untuk memasuki dalam sebuah gelongsor laju.

Namun, sebaik saja pekerja itu melepaskannya ke dalam gelongsor selama beberapa minit, dia mula tidak bergerak dan tersangkut di dalam gelongsor itu.

Keadaan tersebut membuatkan dia panik dan cuba untuk mencari jalan keluar namun tidak berjaya.

Mujur saja ada pekerja yang menjaga di kawasan tersebut dan terus membukanya dari luar.

Image via Twitter

"For god sake I wont be playin this!" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.

Ada juga yang berseloroh takut dan tidak mahu mencubanya selepas melihat video berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Tiba-tiba rasa panik sekali tengok :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: