seismik

Treler Gesel Hilux, Netizen Salahkan Pemandu Yang Parking Sesuka Hati

Patut ke tak patut?

Cover image via Kosmo Online

Viral video yang memaparkan sebuah kereta Toyota Hilux di tepi jalan yang digesel sebuah treler sehingga kemek pada bahagian kanan hadapan serta tayarnya pancit

Image via Facebook

Video berdurasi 39 saat yang tidak dinyatakan lokasi serta masanya itu menunjukkan, sebuah treler cuba untuk melepasi jalan dua lorong yang mana bahu kiri dan kanan jalan tersebut telah dijadikan sebagai parkir haram oleh beberapa orang pemandu.

Sikap sesetengah pemandu yang tidak mengendahkan peraturan jalan raya ini membuatkan jalan dua lorong itu menjadi sempit dan hanya boleh dilalui di bahagian tengah sahaja. Keadaan ini menyukarkan pemandu treler untuk melepasi jalan tersebut, sehingga menyebabkan bahagian belakang kiri trelernya bergesel pada sebuah kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Kejadian itu menyebabkan kereta jenis Toyota Hilux itu calar serta rosak pada bahagian kanan hadapan serta tayarnya pancit.

Image via Facebook

Sementara itu, rata-rata netizen yang melihat video tersebut menyalahkan pemilik kereta yang telah meletakkan kenderaan ditempat yang tidak sepatutnya

Image via Facebook
Image via Facebook

Namun, ada juga netizen yang mempertikaikan keadaan treler yang rapat ke kiri sedangkan masih terdapat ruang di sebelah kanannya.

Jelas netizen yang lain pula:

"Video ni tak tunjuk dari awal bang. Lori macam ni panjangnya lebih 40 kaki, lebih panjang dari yang bawa kontena. Bila corner macam ni, memang kepala dah makan side sebelah kanan bila nak corner. Tapi ekornya tak ikut kepala, tu sebab bila nak corner kena makan jalan sikit. Kena faham tu. Kat corner memang tak boleh parking. Line kuning pun dah ada kan. Kena faham betul-betul tentang undang-undang."

"Sembang tak guna juga. Cubalah bawa lori tu. Nak tahu payah ke tak payah nak ambil site. Nampak je belah kanan tu ada lagi luas, tu pun lepas-lepas kepala. Ni lori panjang bang, bukan pendek. Ikut logik. Bukan nak tunjuk pandai, tapi aku bawa lori, aku pun rasa macam mana."

Tonton video penuh di bawah:

Jadi pada pandangan anda, adakah wajar tindakan yang diambil pemandu treler ini? Apa-apa pun, sentiasalah patuhi undang-undang jalanraya. Menyesal kemudian pun dah tak berguna.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita tentang parkir kereta:

You may be interested in: