Tren Di Seoul Wujudkan ‘Mini Library’, Netizen Kata Kalau Di Malaysia Habis Buku Kena Curi
Korea Selatan dah Buat, Malaysia boleh ikut ke?
Budaya membaca semakin dilupakan kini terutamanya oleh generasi muda yang kini semakin memilih gajet elektronik berbanding buku
Bukan itu sahaja, kebergantungan generasi muda terhadap barangan gajet seperti telefon pintar, laptop, tab dan iPad juga sangat jelas kerana hampir kesemuanya menggunakan gajet-gajet tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
Sebab gajet menjadi pilihan adalah kerana ia ringan dan memudahkan. Bayangkan, segala-galanya boleh diletakkan di dalamnya seperti nota belajar, buku, foto dan banyak lagi.
Kesudahannya, industri buku pula kini umpama 'hidup segan mati tak mahu'.
Terbaru, tular di Twitter mengenai tren di Seoul, Korea Selatan yang mewujudkan sebuah perpustakaan mini di dalamnya
Foto tersebut dikongsi oleh pengguna Twitter, iatemuggles setakat ini telah mendapat 13.7 ribu ulang kicau dan hampir 30 ribu tanda suka.
Dipercayai, perpustakaan mini itu hanya boleh ditemui dalam tren Gyeongui line sahaja dan bukannya di bahagian bandar Seoul.
Ternyata para pencinta buku menyukai konsep tersebut
Bahasa:
"Idea yang menarik, cuma saya akan asyik membaca dan terlepas hentian saya," tulisnya.
Bahasa:
"Korea Selatan sangat kedepan berbanding semua orang," tulisnya.
Bahasa:
"Saya tentu akan menyukai ini jika saya tidak berasa pening dan loya bila membaca dalam kenderaan yang bergerak," tulisnya.
Bahasa:
"Jika Indonesia mempunyai ini, saya tak akan ke mana-mana, supaya saya akan duduk lebih lama di dalam kereta api," tulisnya.
Bagaimanapun, ramai yang mengatakan konsep itu tidak praktikal kerana mengambil banyak ruang dan buku tersebut akhirnya akan hilang 'dicuri' seseorang
Bahasa:
"Kalau di Malaysia, fasiliti itu akan hilang dalam sekelip mata," tulisnya.
Bahasa:
"Malaysia sangat sesak dan anda kena bertahan dengan pelbagai jenis bau terutama sekali selepas waktu kerja. Jangan cakap lah kalau dapat bawah ketiak seseorang. Berserah jelah sebab nak balik kan?" tulisnya.
Bahasa:
"Tapi bayangkan jika masa puncak, konsep ini ambil ruang tanpa sebab," tulisnya.
Konsep yang menarik cuma mungkin boleh dikaji lagi jika mahu dilaksanakan di Malaysia. Apa-apapun, membaca itu amalan mulia!