seismik

“Trend Baju Raya 2021” - Pakaian Jubah Ini Curi Perhatian Warganet Di Media Sosial

"Macam cerita cina ghost story pulak" - Warganet

Cover image via @kupishh (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan pelbagai idea dan trend baju raya terkini muncul menjelang hari raya Aidilfitri

Mana tidaknya, semua orang berlumba-lumba untuk tampil dengan baju raya berfesyen supaya kelihatan luar biasa.

Tular baru-baru ini gambar yang dimuat naik di Twitter berkenaan trend baju raya terkini yang mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Jubah tersebut menarik perhatian ramai orang. Gaya pose model pelik, ramai yang pening kepala tengok

Walaupun jubah ini kelihatan seperti jubah biasa yang terdapat di pasaran. Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan ramai ialah gaya dan pose model baju berkenaan.

Gaya model baju yang mengangkat tangan mereka untuk menunjukkan saiz jubah itu sangat mengundang dekah netizen.

"Bukan saja boleh seludup makanan, nak bawa 4 orang masuk panggung wayang pun boleh..." - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah menerima 800 retweets, 350 quote tweets dan 1K likes.

Rata-rata netizen juga turut murung dan pening kepala nak beli baju raya apa tahun ini. Ada yang sanggup tak beli baju raya tahun ni tau!

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Yang mana satukah jadi pilihan korang guys, jadi beli tak? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: