seismik

Pengajaran Tentang Kenapa Kita Tak Perlu Kenal Seseorang Untuk Tunjukkan Rasa Hormat

Sudah terhantuk baru terngadah. Jangan menyesal sudah lah ya.

Cover image via www.celebstars.co.uk

Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Yang baik kita amalkan, yang buruk kita sempadankan.

Pada mulanya, seorang lelaki memuat naik gambar persona fesyen berpengaruh di Malaysia, Zaihani Zain ke laman Instagram miliknya. Jika dilihatkan melalui mata kasar, tiada apa yang begitu istimewa pada gambar tersebut.

Image via instagram.com

Menerusi ruangan komen, para pengikutnya didapati memberi pujian terhadap shot yang ditunjukkan beliau itu. Tetapi dalam lambakan komen, tiba-tiba ada satu pengguna dengan nama @matanetra bertanyakan sesuatu.

Image via instagram.com

Soalan @matanetra berbunyi, "Siapakah beliau? Dan rantai cantik apa yang beliau pakai itu?"

Melihatkan pada soalan yang ditanya itu, @matanetra memang benar-benar ingin tahu siapakah individu yang berada dalam gambar berkenaan serta rantai jenis apakah yang dipakainya.

Soalan @matanetra itu bagaimanapun dijawab dengan nada yang agak sarkastik dan pada masa yang sama 'kurang ajar'

Image via instagram.com

Lelaki itu menjawab, "Tak 'glamour' sungguh anda bertanyakan soalan sebegitu."

Dan... perbualan diantara mereka berdua diteruskan selepas itu. Ia berakhir dengan lelaki berkenaan berkata, "Fikir dulu sebelum komen di sini. Terima kasih."

Image via instagram.com

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak men-delete soalan yang diajukan @matanetra itu. @matanetra yang tidak berpuas hati kemudian memberi pengajaran hidup kepada beliau supaya tidak lagi bersifat biadab terhadap orang lain.

Image via instagram.com

@matanetra bertindak "menyekolahkan" lelaki berkenaan dengan menyifatkan tindakannya itu cukup biadab dan tidak boleh diterima. Dia juga memberi nasihat agar sentiasa berbuat baik terhadap sesiapa sekalipun, walaupun orang itu berada di tahap yang lebih rendah daripada kita, kerana siapa tahu suatu hari nanti, orang itulah yang akan memberi peluang kepada kita pada masa akan datang.

Apa yang lelaki itu tidak tahu, @matanetra itu sebenarnya MARINA MAHATHIR! Ya, Marina Mahathir.

Apa yang anda akan buat kalau anda berada dalam situasi ini?

Image via SAYS.com

Selepas mengetahui identiti sebenar @matanetra, lelaki berkenaan terus memohon maaf dan menjelaskan dia langsung tidak berniat untuk bersifat biadab

Image via instagram.com

Inilah sikap yang kita gelar, "sudah terhantuk baru tengadah." Jadi, lebih baik kita berbuat baik saja terhadap semua orang.

Sama ada betul atau tidak beliau tidak berniat untuk biadab, itu tuan empunya badan saja yang tahu. Yang penting, kita yang belum "terkena" ini boleh sama-sama jadikannya sebagai iktibar untuk menjadi insan yang lebih mulia kelak.

Image via SAYS.com

Kalau itu berlagak, yang ini pula riak:

You may be interested in: