seismik

Tun Mahathir: Gaji Menteri Akan Dikurangkan 10%

Ini merupakan cara untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Cover image via Lim Huey Teng / Malaysiakini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar hari ini mendedahkan bahawa gaji bagi semua Menteri Kabinet akan dipotong sebanyak 10% bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Channel News Asia, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu telah bercakap kepada media selepas mempengerusikan Kabinet pertama di Putrajaya.

Beliau berkata Kabinet juga membincangkan cara untuk mengurangkan hutang kerajaan yang kini telah mencecah jumlah RM1 trilion

Image via NST Online

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, Perdana Menteri juga mengatakan bahawa isu ini membuktikan bahawa mereka prihatin mengenai isu kewangan kerajaan.

Beliau juga turut mendedahkan bahawa beberapa penjawat awam kanan telah dibayar lebih daripada menteri Kabinet.

Turut melaporkan bahawa keputusan mengenai projek utama seperti High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura dijangka akan dibina tidak lama lagi

Selain daripada pemotongan gaji, beliau juga telah mengumumkan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Profesor Malaysia (MPN). Beliau memutuskan bahawa fungsi SPAD akan diserap oleh Kementerian Pengangkutan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: