TV3 Ingatkan Tetamu AJL40 Patuhi Kod Pakaian Mengikut Jantina Masing-Masing
Take note okay!
Cover image via @tv3malaysia (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda dah ada tiket untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40 pada 15 Ogos ini, mungkin dah tiba masanya untuk fikir tentang outfit pula
Mana tidaknya, acara berprestij yang bakal berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil itu menetapkan tema Black Tie – Stardust Gala untuk para penonton.
Menerusi satu hantaran di Instagram, TV3 Malaysia berkongsi beberapa idea dan inspirasi busana yang boleh digayakan oleh penonton lelaki dan wanita pada malam tersebut.

Lelaki boleh tampil dengan sut berkilau, wanita pula boleh 'blink-blink' habis
Bagi jejaka, antara inspirasi yang dikongsikan adalah sut yang mempunyai elemen berkilauan untuk menyerlahkan tema Stardust Gala.
Gandingan bersama kasut kulit pula boleh melengkapkan penampilan supaya nampak lebih kemas dan elegan.
Untuk kaum Hawa pula, TV3 mencadangkan penampilan yang lebih glamor dengan gaun berkilauan serta aksesori yang mempunyai elemen blink-blink.

Peringatan mesra daripada TV3 telah mencuri perhatian warganet
Walau bagaimanapun, di sebalik idea dan inspirasi busana yang dikongsikan, TV3 turut mengingatkan semua pengunjung supaya mematuhi kod pemakaian yang telah ditetapkan.
Malah, pihak penganjur turut menegaskan bahawa penonton perlu hadir dengan penampilan mengikut jantina masing-masing.
"Peringatan mesra! Penonton wajib mematuhi kod pakaian dan penampilan mengikut jantina masing-masing," jelasnya.
Peringatan mesra tersebut mencetuskan bualan ramai kerana terdapat isu mengenai pemakaian penonton di AJL tahun lalu.


Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


