seismik

Ubat Gigi Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was? Ini Cerita Menarik Tentangnya!

Gunakan tanpa was-was!

Cover image via Zaitun Industry (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Zaitun.

"Gunakan tanpa was-was"

Haa.. Anda yang lahir tahun 90-an ingat lagi tak dengan tagline ini? Tak lain dan tak bukan, ini lah tagline popular daripada jenama ubat gigi Zaitun. Ubat gigi ini sangat ikonik pada tahun 90-an tau.

Tapi rasanya kita dah lama tak dengar cerita pasal ubat gigi Zaitun ini kan?

Ubat gigi Zaitun secara rasminya kini kembali di pasaran dengan wajah baru!

Anda dah dengar cerita tentang ubat gigi Zaitun? Katanya nak buat comeback. Eh, tak sangka pula! Kali ini ubat gigi Zaitun kembali di pasaran dengan wajah baharu secara rasmi. Wah!

Eh, ubat gigi Zaitun ke? Teringat masa budak-budak dulu!

Pada anda yang masih ingat produk Zaitun, mesti teruja tengok Zaitun dah buat comeback!

Pernah jadi jenama halal dan mesra muslim pertama di Malaysia

Selamat digunakan tak? Memang selamat. Sampai sekarang ubat gigi Zaitun dijamin 100% halal. Paling hebat lagi, ia pernah menjadi jenama halal dan mesra Muslim pertama di Malaysia pada suatu ketika dulu tau.

Bukan setakat golongan dewasa saja boleh menggunakannya. Ubat gigi Zaitun juga selamat digunakan oleh golongan kanak-kanak kerana tiada sebarang kandungan florida di dalamnya. Adik-adik jangan risau okay!

Produk berkualiti tinggi, lebih 40 tahun pengalaman dalam industri!

Dalam tak sedar, sebenarnya jenama Zaitun dah mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri penghasilan produk kecantikan dan penjagaan diri. Jenama ini terkenal dengan memiliki produk berkualiti tinggi. Fuh!

Walaupun dah lama tak dengar cerita tentang ubat gigi Zaitun, kualiti dan keselamatannya masih dikekalkan. Bukan tertumpu pada pengguna muslim saja, tapi kali ini ia mampu dimiliki semua dan terhasil untuk semua pengguna.

Kotoran degil pada gigi hilang, mulut juga segar sentiasa!

Ubat gigi Zaitun dah wajah baharu, kualiti dah semestinya lebih baik. Dengan formula yang dipertingkatkan, ia mengandungi bahan asas dalam penghasilan ubat gigi yang memberi pelbagai manfaat terhadap penjagaan mulut. Bagusnya!

Ubat gigi Zaitun membantu menghilangkan kotoran degil dan serpihan pada permukaan gigi yang berpunca dari minuman seperti kopi dan teh, aktiviti merokok dan sebagainya. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang membantu mengekalkan kesegaran mulut dalam jangka masa panjang.

Senang cerita, dengan ubat gigi Zaitun, gigi jadi lebih bersih dan mulut pun sentiasa segar.

2 jenis ubat gigi berwajah baharu, harga mampu milik!

Kali ini Zaitun mengeluarkan dua jenis ubat gigi iaitu Ubat Gigi Pemutih (Whitening) dan Ubat Gigi Pudina Tambahan (Extra Mint).

Nanti akan ada lagi pelbagai jenis ubat gigi Zaitun di pasaran. Ubat gigi khas untuk kanak-kanak pun ada. Tunggu tau!

Bukan setakat berkualiti, malah ubat gigi Zaitun dijual dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Di mana nak dapatkan ubat gigi Zaitun?

Anda boleh dapatkan ubat gigi Zaitun di pasar raya tempatan, kedai koperasi dan kedai runcit berdekatan seperti Segi Fresh, The Store, Pasaraya Pacific, Ikhwan Mart, Lesong Mart, Pasarraya Darussalam dan Malakat Grocer.

Kalau tak jumpa, anda boleh beli secara online di Shopee dan TikTok Shop mereka.

Zaitun ini dikenali ramai. Famous sangat sampaikan seluruh rakyat Malaysia tahu lagu dan liriknya. Siap boleh nyanyi sekali!

Ku kenali kesucianmu aneka jenis barangan bermutu Zaitun, dari dulu sampai sekarang, keunggulanmu tetap berkekalan, penuh dengan keyakinan.

Zaitun suci, Zaitun segar, Zaitun tetap sejati

Zaitun, Zaitunnnnn…

Zaitun, gunakan tanpa was-was

Haa.. Jangan lupa follow TikTok mereka di @zaitun.official dan Facebook mereka di Facebook Zaitun Industry. Banyak content kelakar dan menarik yang anda boleh tonton di situ. Serius terhibur!

Nak info lebih lanjut tentang produk yang dikeluarkan oleh Zaitun? Anda boleh hubungi mereka di talian 03-6242 2055 atau e-mail ke [email protected]. Anda juga boleh terus ke laman web di www.zaitunbeauty.com. Gunakan tanpa was-was!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik