Ultraman Lawat Hospital Untuk Sampaikan Mesej 'Never Give Up' Kepada Kanak-Kanak Sakit
Orang dewasa yang tengok pun boleh rasa 'jealous'.
Wah! Beruntung sungguh kanak-kanak di hospital ini apabila dapat bertemu dengan adiwira kegemaran, Ultraman yang datang melawat secara mengejut. Mesti seronok kan?
Walaupun nampak kecil, usaha murni ini sememangnya wajar diberi pujian kerana ia mampu mengembalikan semula semangat kanak-kanak untuk terus tabah menjalani kehidupan
Ultraman memberi lawatan kepada kanak-kanak sakit di hospital semata-mata untuk menggembirakan hati mereka. Lawatan ini seolah-olah memberi semangat baru kepada kanak-kanak untuk tidak putus asa dalam hidup.
Siapa yang tak kenal Ultraman kan? Ultraman telah menjadi hero dan penawar duka kanak-kanak sejak dari zaman 60-an lagi. Semua orang sayangkan Ultraman.
Trend ini nampaknya baru saja bermula di Malaysia dan semakin lama semakin popular. Tetapi bagaimana ianya bermula?
Semuanya bermula apabila seorang bapa ingin merealisasikan impian anaknya bertemu dengan Ultraman, tetapi dengan syarat gambar anaknya ini perlu mendapat 3,000 likes
Najmi dari Melaka sedar anaknya, Darwish terlalu minat dengan Ultraman. Menurut Najmi, anaknya ini begitu teringin untuk bertemu Ultraman sehingga dia kerap bertanyakan tentang kunjungan Ultraman ke rumah mereka setiap hari.
Najmi yang pada mulanya agak buntu telah cuba memuat naik gambar Darwish di laman sosial dengan harapan gambar tersebut menjadi viral dan mampu mendapat 3,000 likes bagi melaksanakan impian Darwish.
Akhirnya, 3,000 likes yang diminta pada mulanya berjaya dicapai. Lebih menakjubkan, gambar berkenaan mendapat sambutan hangat dan menerima lebih daripada 200,000 likes dalam masa yang singkat!
Impian Darwish untuk berjumpa dengan adiwira kegemarannya akhirnya terlaksana! Ultraman melawat Darwish dan rakan-rakan lain di rumahnya di Melaka dalam satu majlis yang amat meriah. Semuanya nampak sungguh happy.
Lihatlah betapa gembiranya Darwish dan rakan-rakan lain apabila Ultraman datang ke rumah. VIDEO PENUH:
Keterujaan Darwish tidak terhenti di situ. Darwish turut "memeluk" figura Ultraman yang diterimanya semasa dia tidur.
Sejak daripada itu, kisah Ultraman ini terus menjadi bualan orang ramai dan mendapat demand yang tinggi. Facebook Ultra Spark yang menjalankan perkhidmatan melawat kanak-kanak ini mula dikenali ramai.
Walau bagaimanapun, Ultra Spark tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan.
Untuk makluman, laman Ultra Spark baru saja ditubuhkan dua bulan lalu dan kini mendapat lebih daripada 23,000 page likes. Antara objektif Ultra Spark adalah untuk:
1. Berpakaian seperti Ultraman dan membuat lawatan mengejut untuk kanak-kanak di hospital dan rumah anak yatim.
2. Menyampaikan mesej "NEVER GIVE UP".
3. Memberi kanak-kanak kurang bernasib baik mainan Ultraman dengan kad sebagai kenangan.
4. Merealisasikan impian kanak-kanak untuk bertemu dan menyambut Ultraman.
Sejak tahun 1966, Ultraman telah merubah hidup begitu ramai kanak-kanak dan sehingga hari ini, Ultraman masih menggalakkan kanak-kanak untuk tidak menyerah pada setiap perkara yang dilakukan.
Baca selanjutnya tentang Ultra Spark di sini.
Selepas Darwish, Ultra Spark mempunyai misi terbaru iaitu memberi lawatan kepada seorang pesakit kanak-kanak, Mohd Qoid Darwisy yang menghidap kanser saraf
Dan pada Sabtu, 21 November 2015, Ultraman menunaikan janji mereka melawat adik Qoid di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama ahli keluarga dan kanak-kanak lain
Ultra Spark mengabadikan setiap lawatan yang dilakukan dalam bentuk instax bersama kanak-kanak dan akan dijadikan sebuah album kelak
Mulia sungguh usaha Ultra Spark dalam memberi inspirasi kepada anak-anak kecil. Bukan senang untuk kita lihat orang yang sanggup dedikasikan masa dan tenaga semata-mata untuk buat orang lain gembira.
Mulai hari ini, Ultra Spark pasti menjadi idola setiap kanak-kanak di luar sana. Kami harap agar Ultra Spark dapat meneruskan usaha murni ini dalam menjadikan kehidupan kanak-kanak lebih bermakna dan lebih gembira. Semoga terus sukses di masa hadapan kami ucapkan.
Bercakap mengenai Ultraman, salah satu buku komik adiwira ini telah diharamkan oleh Kementerian Dalam negeri (KDN). Namun begitu, Ultraman mendapat sokongan padu rakyat Malaysia:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!