Untuk 'Kaki Gambar', Cuba Dua Kamera Telefon Pintar Ini Untuk Gambar Lebih On Point!

Fuh, memang lawa. Tak tipu.

Tangkap gambar guna telefon you lah. Kamera you cantik!

Image via Gif Free

Pernah tak ada kawan macam ini?

Kalau nak tangkap gambar memang WAJIB guna telefon orang lain. Alasannya? Sebab kamera telefon sendiri tak secantik telefon orang lain. Sebab itulah, sebagai kawan rapat, apa kata nasihatkan kawan untuk beli telefon baru aje. Kan mudah.

Lebih-lebih lagi, sekarang ini ada model telefon pintar keluaran baru di pasaran. Di sini kami ingin kenalkan dengan dua model telefon pintar yang mampu berikan kepuasan dalam dunia fotografi.

Memang cun habis!

Kalau anda nak tahu, HONOR 20 Pro & HONOR 20 dah sampai Malaysia!

Image via HONOR

Selepas pelbagai khabar angin tentang model telefon pintar terbaru HONOR 20 Pro dan HONOR 20, nampaknya pengguna setia HONOR yang menanti kedatangannya dan boleh tersenyum kerana model ini akhirnya berada di pasaran Malaysia!

Persepsi pertama kami untuk model terbaru HONOR ini ialah terbaik! Kalau anda sedang mencari telefon pintar dengan hasil fotografi yang luar biasa, HONOR 20 Pro dan HONOR 20 adalah pilihan bijak dan terbaik.

Di bawah kami kongsikan serba sedikit tentang spesifikasi dua model telefon pintar ini:

1. HONOR 20 Pro

Image via HONOR

HONOR 20 Pro tampil dengan sistem 4 kamera, gabungan antara lensa utama 48MP f/1.4, apertur terbesar di telefon pintar, 16MP lensa sudut lebar, 8MP lensa telefoto serta lensa makro 2MP. HONOR 20 Pro ketika ini berada di tangga kedua carta DxOMark di belakang Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang berkongsi mata di kedudukan teratas.

Kehebatan kamera ini ditambah lagi dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi di kamera utama dan telefoto. Ia juga dilengkapi autofokus laser yang lebih tepat dan pantas. Selain datang dengan AIS dan mod Super Night, HONOR 20 Pro turut disertakan kuasa zum digital 30x dan mod HandHeld Moon, untuk mengambil gambar bulan tanpa tripod, cukup dengan tangan.

Peranti ini turut didatangkan dengan RAM sehingga 8GB, memori simpanan sehingga 256GB, bateri berkapasiti 4000mAh menyokong pengecasan pantas 22.5W HONOR SuperCharge.

HONOR 20 Pro akan dijual bermula esok, 15 Ogos 2019, pada harga RM2299.

HONOR 20 Pro akan dijual bermula 15 Ogos 2019, pada harga RM2299. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan di kedai rasmi HONOR, Shopee, Hihonor (e-dagang rasmi) dan dapat PERCUMA bagasi, HONOR mini speaker, dan selfie stick bernilai RM500*.

2. HONOR 20

Image via HONOR

HONOR 20 adalah sebuah telefon pintar dengan binaan empat kamera utama yang terdiri daripada lensa utama 48MP dari Sony IMX586, 16MP ultra-lebar, lensa Depth Assist 2MP dan lensa makro 2MP. Ia turut menyertakan bateri 3750mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W dan kapasiti RAM 6GB dan penyimpanan memori 128GB.

Antara persamaan HONOR 20 Pro dan HONOR 20 adalah kedua-duanya diperkasa SoC Kirin 980 iaitu cip Huawei paling hebat setakat ini. Di bahagian muka, ada paparan sebesar 6.26” dengan resolusi HD Penuh+.

Daripada mata kasar, kedua-dua telefon nampak serupa tapi jika diamati betul-betul, ada beberapa kelainan antara mereka dan HONOR 20 adalah versi yang lebih mampu milik. Menguatkan lagi penawaran adalah jaminan tambahan selama 1 tahun seperti yang telah dipromosikan HONOR sebelum ini.

Nak tengok gambar-gambar yang telah diambil menggunakan model terbaru HONOR ini? Memang cun, kalah DSLR!

Image via HONOR

Image via HONOR

Image via HONOR

HONOR bukan sahaja menawarkan telefon pintar, malah....

Image via HONOR

Sempena dua tarikh penting negara kita iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, HONOR akan mengadakan Promosi Merdeka dari 15 Ogos hingga 16 September 2019.

Ada lebih 600 ribu giveaways bakal menanti anda dan paling best mestilah harga runtuh untuk model telefon pintar HONOR yang terpilih iaitu HONOR View20, HONOR 8X dan HONOR 8C.

Image via HONOR

Apa tunggu lagi? Jom rebut promosi HONOR hari ini juga!

Image via HONOR

Ayuh bertukar ke HONOR 20 Pro atau HONOR 20 untuk hasil gambar seperti profesional. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan hadiah eksklusif. Wah, menarik betul!

Ingin tahu lebih lanjut mengenai HONOR 20 PRO dan HONOR 20? Anda boleh terus layari laman web rasmi HONOR. Untuk mengetahui lebih maklumat tentang Promosi Merdeka HONOR pula, boleh terus pergi ke HONOR Stores yang berdekatan atau layari laman web rasmi HONOR.

Jangan lepaskan peluang hebat ini!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment