seismik

Usaha Klinik Veterinar Chinta Qaseh Tampil Bantu Selamatkan 'Kassim Selamat' Dipuji

Difahamkan, kucing itu mengalami masalah 'rectal prolapse' atau buasir hinggakan ususnya terkeluar.

Cover image via Klinik Veterinar Chinta Qaseh

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seekor anak kucing yang mengalami 'rectal prolapse' atau buasir hingga ususnya terkeluar kini boleh berasa lega kerana telah mendapat bantuan seorang doktor haiwan yang turut simpati dengan nasib haiwan itu

Menurut laporan Harian Metro, sebelum itu Khairun Sofea Awang Mohd Faudzi, 33, buntu apabila sudah ke klinik haiwan lain beberapa kali melakukan pembedahan terhadap anak kucing itu namun usus sepanjang enam sentimeter (cm) masih keluar.

Tambahnya lagi, adik angkatnya mahu membeli seekor kucing sebelum dia menemui seorang penjual di media sosial lalu bersetuju membeli anak kucing berusia tiga bulan pada harga RM700, 17 Mac lalu.

"Penjualnya memaklumkan anak kucing baka British Short Hair (BSH) itu tiada masalah kesihatan sebelum saya menyerahkannya kepada adik. Namun, saya perasan bahagian bawah badan berhampiran duburnya basah.

"Ia seolah tidak normal sedangkan kucing pandai 'grooming' bulunya sendiri. Tidak lama kemudian adik memaklumkan ususnya keluar seperti kena buasir," katanya ketika ditemui.

Dia yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur berkata, mereka kemudiannya menghantar kucing diberi nama Kasim Selamat itu ke klinik haiwan dan doktor memasukkan semula usus berkenaan sebelum menjahit bahagian dubur bagi menyempitkan bukaannya.

"Namun, ia masih keluar beberapa kali. Bayangkan pada masa itu kami baru mengambil kucing itu selama tiga hari, namun sudah menghabiskan lebih RM2,000 untuk kos rawatannya.

"Sedangkan pada masa itu kami juga memerlukan wang untuk membuat persiapan raya. Adik saya mula putus asa dengan kucing ini dan saya mengambil alih," katanya.

Pelbagai ikhtiar dan usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan anak kucing itu

Buntu dengan keadaan itu, suri rumah itu berkata dia bertanyakan pendapat dan nasihat dengan membuat hantaran di Facebook menerusi kumpulan pencinta kucing.

"Pelbagai nasihat dan pendapat saya dapat. Ada yang ajar suruh saya masukkan sendiri usus itu dan jahit duburnya malah ada juga yang cadangkan ke klinik tertentu.

"Namun pada masa itu wang sudah menjadi halangan kerana sudah banyak digunakan. Seorang rakan mencadangkan supaya ke klinik haiwan di Seremban, namun memikirkan jarak dan tiada kenderaan, saya tidak teruskan.

"Bagaimanapun, seolah usaha saya ini dibuka jalan, doktor di klinik itu sendiri membalas komen dan hubungi saya sebelum memaklumkan sedia bantu. Malah dia sanggup ke Kepong mengambil anak kucing ini.

"Syukur, saya sebak. Tak pernah terfikir sejauh ini perjuangan menyelamatkan seekor anak kucing.. Tidak pernah terfikir rupanya ramai yang sayang dan peduli dengan kucing sampai ke tahap ini," katanya.

Sementara itu, pemilik Klinik Veterinar Chinta Qaseh, Dr Azliza Ahmad yang merawat kucing berkenaan berkata, dia tersentuh melihat perjuangan wanita itu yang mahu menyelamatkan haiwan dan memutuskan untuk membantu.

"Syukur juga hasil sumbangan individu dan badan bukan kerajaan (NGO) pencinta kucing, mereka mengumpul dana bagi pembedahan haiwan ini. Ia selamat menjalani pembedahan pada 16 April lalu.

"Ususnya terkeluar sepanjang 6 cm dan saya tahu ia memang menyakitkan. Syukur juga kerana ususnya masih merah dan boleh diselamatkan yang mana mengikut pengalaman saya ada kucing yang ususnya sudah hitam dan akhirnya mati," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: