Usahawan Kongsi Rahsia Bagaimana Produk Jadi Makin Laris Sehingga Berjaya Kukuhkan Bisnes
Kini Milagro berjaya memiliki 9,000 ejen berdaftar di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Sebagai seorang usahawan, tidak dinafikan untuk memulakan atau mengukuhkan bisnes itu tidak mudah
Pelbagai cabaran dan halangan yang dilalui untuk menuju kepada sebuah pencapaian yang diimpikan.
Usahawan di luar sana sudah pasti ingin mengambil tahu bagaimana cara mereka menjayakan bisnes masing-masing bukan?
Jom dengar kisah inspirasi usahawan berjaya Siti Aisha dan ayahnya Mat Jantan bagaimana mereka mengukuhkan bisnes selama 30 tahun.
Gadis kelulusan bidang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Putra Malaysia ini menjayakan bisnes pemprosesan baja organik iaitu Milagro
Bapanya, Mat Jantan telah bertungkus-lumus menerajui perniagaan keluarga sejak lebih 30 tahun yang lalu dan kini meletakkan harapan yang tinggi kepada anaknya. Siti Aisha tekad mengorbankan cita-citanya dalam bidang kejuruteraan setelah tamat belajar bagi menggalas tanggungjawab mewarisi perniagaan ini.
“Kami melihat terlalu banyak sampah sarap dan lambakan sisa pepejal di tapak pelupusan di Melaka. Jika diteliti angkanya hampir mencecah 1000 ke 1100 tan sehari. Dari masalah itu, kami mula terfikir bagaimana untuk menggunakan masalah yang ada bagi mewujudkan peluang berbisnes. Mulai detik ini kami fikirkan untuk menghasilkan baja organik daripada sisa-sisa buangan tersebut." katanya.
Pada awalnya, Siti Aisha berhasrat untuk mendidik masyarakat menggunakan baja organik berbanding baja kimia. Hal itu disebabkan baja kimia akan menjejaskan kesihatan manusia dan mencemarkan alam sekitar dan ekosistem. Walau bagaimanapun, hasrat murninya terbantut kerana gagal mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan bekalan sisa pepejal tersebut secara konsisten.
"Impian kami ini tidak terhenti begitu saja, sebaliknya kami memikirkan idea baru iaitu dengan mencipta baja Milagro daripada bahan tinja ayam (telur), habuk kayu, dan juga smart enzim. Baja Milagro dihasilkan melalui proses penguraian dan pencernaan bahan-bahan tersebut dengan menggunakan smart teknologi dalam tempoh 24 jam yang mana mengambil masa lebih singkat berbanding baja organik lain yang berada di pasaran," katanya.
Disebabkan permintaan terlalu banyak dan bekalan tidak mencukupi, Siti Aisha tekad untuk mencari ilmu baru
Ekoran cabaran itu, Siti Aisha mengambil keputusan untuk mendapatkan bimbingan daripada RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Sepanjang menyertai program tersebut, Dr. Azizan banyak mengubah cara usahawan itu berfikir supaya dapat mengendalikan perniagaan yang lebih 30 tahun itu.
Siti Aisha memperoleh pelbagai ilmu bisnes termasuk cara memasarkan baja Milagro ke pasaran yang lebih luas sehingga ke luar negara. Selain itu, teknik pemasaran seperti mengadakan sesi live setiap hari di platform sosial media juga penting. Tips seterusnya juga perlu mementingkan penubuhan pasukan yang mantap dalam organisasi syarikat supaya dapat beroperasi dengan lancar.
Siti Aisha mengakui bahawa banyak masalah dan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan dapat diatasi setelah beliau mempelajari selok-belok perniagaan dan mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dikongsikan dalam program-program yang telah dianjurkan oleh pihak RichWorks. Aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi berkesan adalah antara ilmu perniagaan yang diterapkannya ke dalam syarikat bagi memastikan operasi syarikat berjalan dengan lebih lancar.
"Dengan berkat hasil bimbingan yang diberikan juga, kami kini berjaya memiliki 9,000 ejen berdaftar di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Hari ini, HMJ Biz Point Sdn Bhd berjaya membeli sebuah bangunan baharu yang terdiri daripada empat lot premis kedai tiga tingkat bagi memastikan keselesaan pasukan kami untuk bekerja. Kami juga telah memiliki kilang baru yang lebih kondusif. Kini, kami mampu memproses sehingga 4.5 tan baja sehari. Sepanjang 4 tahun Milagro beroperasi, sebanyak lebih 1 juta pek Milagro telah berjaya dimiliki oleh rakyat Malaysia khususnya. Hal ini menggambarkan bahawa Milagro telah menyebarkan manfaat kepada hampir seluruh masyarakat Malaysia dalam bercucuk tanam,” katanya.
Siti Aisha dan bapanya sangat berterima kasih kepada Datuk Wira Dr. Azizan Osman atas segala tunjuk ajar yang diberikan selama ini sehingga beliau berjaya mengendalikan syarikat dengan lebih berjaya. Mereka bukan saja dapat mengembangkan bisnes sehingga mempunyai ramai ejen, malah jenama Milagro sudah terkenal dan meraih beberapa anugerah dan pengiktirafan.
Nak jadi usahawan yang berjaya? Jom daftar program 10X SME Bina Bisnes Berjaya!
Kira-kira 1 juta orang mendapat manfaat terutama usahawan yang hadir dalam BBB. Ramai usahawan Titanium & Spire circle di bawah bimbingan RichWorks dilahirkan melalui BBB ini.
Bermula dari program 10XBBB, anda bukan saja belajar asas bisnes yang berjaya malah peluang membina jaringan dan kejayaan bahkan kesilapan serta kegagalan orang lain.
Kini, 10XBBB akan menemui usahawan yang serius dan komited dalam bisnes.
Program: Live! (Bersemuka)
Speaker: Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Penganjur: RichWorks bersama Media Prima dan Kerajaan Negeri Melaka
Tarikh: 30 September & 1 Oktober 2023
Lokasi: MITC, Melaka
Jom daftar ke seminar 10X SME Bina Bisnes Berjaya sekarang atau klik di sini untuk pendaftaran secara PERCUMA!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!