Usahawan Masterclass Dapat Sambutan Baik, Buletin FM Perkukuhkan Lagi Kempen Dan Jenama
Usahawan Masterclass Buletin FM peluang untuk lebarkan perniagaan anda!
Berita baik untuk para usahawan kecil di luar sana
Ramai dalam kalangan kita yang kehilangan sumber pendapatan semenjak wabak Covid-19 melanda dunia.
Situasi ini menyebabkan kebanyakan mereka yang hilang sumber pendapatan mencuba pelbagai inisiatif seperti menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup.
Namun, masih banyak ilmu yang perlu dipelajari bagi memastikan perniagaan yang dibina kukuh dan mampu berdaya saing.
Justeru, Buletin FM melalui kempen Usahawan Masterclass Buletin FM memperkenalkan pelbagai peluang menarik seperti Kempen Barber Bergerak Buletin, Usahawan Masterclass dan Buletin Belanja Beriani buat para pendengar setia Buletin FM.
Dana sebanyak RM5,000 serta slot iklan radio akan diberi kepada para pemenang
Kempen dan aktiviti yang dijalankan oleh Buletin FM ini bukan sahaja bakal membantu dari segi kewangan, malah dapat membantu usahawan kecil agar terus maju kehadapan dengan idea bernas mereka.
Seperti kempen Usahawan Masterclass Buletin FM, pendengar boleh menghantar idea-idea hebat perniagaan mereka dan merebut peluang memenangi dana perniagaan berjumlah RM5,000 dan slot iklan radio yang bernilai RM45,000 serta geran digital PKS bernilai RM10,000.
Di samping itu, pendengar bertuah Buletin FM di Pulau Pinang turut diraikan di Restoran Kapitan Tandoori House Triangle, Pulau Pinang melalui segmen Buletin Belanja Beriani yang dihadiri penyampai Buletin FM seperti Izwan Azir, Marsila Hassan dan Hanif Miswan.
Barber Bergerak BuletinFM kolaborasi bersama Yayasan Kebajikan Negara
Buletin FM juga berkolaborasi bersama Yayasan Kebajikan Negara dalam menjayakan Barber Bergerak Buletin yang dianjurkan di Anjung Singgah, Georgetown, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2022 dan juga di Anjung Kelana, Taman Desa Kuala Lumpur pada 23 September 2022.
Tujuan utama Barber Bergerak Buletin dianjurkan adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti gelandangan untuk mendapatkan perkhidmatan potongan rambut secara percuma.
Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital dan Audio+, Shah Hayatudin berkata, mereka sentiasa komited dalam memberi konten menarik dan relevan kepada para pendengar.
Teruskan mendengar BuletinFM di mana jua anda berada
Buletin FM berazam untuk menjadi stesen radio yang sentiasa peka dan dekat di hati komuniti Malaysia dan akan terus memberi perkembangan yang padat dengan mesej dan perbincangan isu semasa.
Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.
Para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara langsung di aplikasi Audio+, laman sesawang rasmi Buletin FM atau YouTube Buletin TV.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!