seismik

[VIDEO] 40% Bangunan KWSP Jalan Gasing, Petaling Jaya Terbakar. Apa Puncanya?

Kebakaran dikatakan bermula pada jam 12 tengahari tadi.

Cover image via Sumber dari orang ramai

[TERKINI] Bangunan KWSP guna bahan mudah terbakar yang terlarang

Sidang media yang telah diadakan bersama Timbalan Ketua Pengarah JBPM Selangor iaitu Datuk Soiman Jahid mengesahkan tiada kebakaran berlaku di dalam bahagian bangunan tersebut.

Beliau berkata, "Punca kebakaran adalah percikan api akibat kerja penyelenggaraan serta cuaca panas dan angin kuat. Cladding yang digunakan juga adalah bahan yang mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London.

"Bahan cladding adalah polyethylene (polyfoam), bahan mudah terbakar. Ia tidak sepatutnya digunakan di mana-mana bangunan terutamanya di bangunan agensi kerajaan," bahasnya lagi.

Pihak bomba juga dikatakan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan api dan ada juga beberapa buah kereta yang turut terbakar akibat kebakaran itu

Image via postimg.org

13 FEB, 2PM: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya dikatakan telah terbakar dalam kejadian kira-kira 12 tengahari tadi

Image via Malaysia Kini

Asap tebal serta api kelihatan sedang marak dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Pada masa ini, kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Image via Malaysia Kini
Image via Malaysia Kini

Kebakaran dikatakan masih terkawal ketika artikel ini ditulis.

Masih belum ada maklumat lanjut mengenai punca kebakaran dan juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Lihat klip penuh di bawah:

Bangunan KWSP terbakar

Video rakaman bangunan KWSP Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar yang dirakam pembaca Sinar Harian Nur Adlina Mohd Nor dari bangunan PPUM

Posted by Sinar Harian on Monday, February 12, 2018

Ikuti berita lanjut mengenai kejadian ini hanya di SEISMIK!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Akibat dendam, kereta satu keluarga dibakar!

Lambat cuci kereta, ditumbuk sehingga mati. Tragis sungguh!

Juga perkongsian sedih tentang gadis ini tentang pengalaman pahit beliau ketika kehilangan sebelah ovari :(