seismik

[VIDEO] Aksi Gadis Ini Menyanyi Atas Sampan Buluh Sambil Memancing Curi Tumpuan Ramai

Sedap juga suara dia tu.

Cover image via @nizamshah_roy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti semua orang dekat sini ada lagu kegemaran mereka masing-masing betul tak?

Jadi, tidak hairanlah jika seseorang itu boleh menghafal kesemua lirik sesebuah lagu tersebut kerana sudah tertarik kepadanya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis menyanyi di atas sampan buluh mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nizamshah_roy

Kuca kuca gpo [email protected] bate ngail dio xrajin tinggalfyp ko agok2 vd nie

bunyi asal - Aroy_roy

Seronok menyanyi sampai letak joran di kaki

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis bersama seorang lelaki sedang memancing di kawasan yang tidak diketahui.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah gadis itu dilihat seronok menyanyi sehingga dia sanggup menahan jorannya di celah kaki kerana mahu menghayati nyanyian lagu itu.

Difahamkan dia sedang menyanyi lagu bertajuk Kucu Kaca nyanyian daripada Lia Aziz yang kini menjadi semakin popular oleh kerana lagu itu merupakan OST drama Rindu Awak Separuh Nyawa.

"Mesti dapat ikan besar ni berkucu kuca" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi gadis tersebut. Malah, ramai yang mengusiknya dengan mengatakan ikan akan lari nanti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 736.6K views, 54.8K likes dan 1,922 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Yang hebat tu dia boleh tahan joran dengan kaki je :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik