seismik

[VIDEO] “Apa Saja Demi Keselesaan Mak”- Lelaki Ini Berhabis RM300 Bawa Naik Grab Mewah

Ibu memang tiada ganti.

Cover image via @amirmoktar86 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang anak, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga dan membalas balik jasa ibu bapa kita

Sememangnya ibu dan ayah tiada ganti di dunia ini. Jadi, sementara mereka masih ada, hargailah dan bahagiakanlah mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki sanggup berhabis beratus ringgit demi memberikan keselesaan kepada ibunya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pilih guna perkhidmatan kereta milik hotel untuk keselesaan ibu

Menerusi video dari @amirmoktar86, kelihatan dia berkongsi pengalaman semasa dia dan ibunya menaiki sebuah kenderaan mewah.

Difahamkan mereka masa itu berada di sebuah hotel dan ingin ke hotel lain yang terletak di pekan. Menurutnya, itu adalah kenderaan milik hotel yang menyediakan perkhidmatan seperti menghantar tetamu ke airport dan sebagainya.

Dia menganggarkan jarak untuk ke pekan tersebut adalah sekitar 20 hingga 30km dari hotelnya sebelum ini dengan harga RM300. Malah, dia tidak kisah berhabis wang sebanyak itu demi keselesaan ibunya.

"Syurga dunia yang tiada gantinya. Semoga dimurahkan rezeki" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memujinya dan memberikan reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 137.6K views, 9,472 likes dan 153 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak rugi bahagiakan ibu. Dialah satu-satunya syurga kita :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: