x

seismik

[VIDEO] Baby Perempuan Ini Buat Hal ‘Conquer’ Sangkar Kucing Siap Buat Muka Tak Bersalah

Kucing pula kena duduk luar ya dik.

Cover image via @aindarman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Melayani kerenah anak yang banyak akal sebenarnya seronok juga

Kadangkala, perkara yang mereka lakukan itu memang di luar jangkaan kita. Nak tak nak, ibu bapa terpaksalah layankan saja.

Sama seperti video ini apabila seorang kanak-kanak perempuan terkantoi duduk di dalam sangkar kucing mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba letak semua anak kucing dekat luar, dia pula duduk dalam sangkar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aindarman, kelihatan anak perempuannya itu sedang bermain dengan anak-anak kucing di luar rumah.

Tetapi apa yang menghiburkan adalah, dia dilihat duduk di dalam sangkar kucing dan dengan muka selamba mengeluarkan kesemua anak kucing itu.

"Hahahaha bijak budak ni nanti dah besar, selamba je muka dia" - Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini sudah meraih 547.6K tontonan, 54.4K tanda suka serta 4.5K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah si kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul lah adik ni, tak ada perasaan langsung bila ibu dia marah tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: