[VIDEO] "Banyak Rambut Gugur?" - Ini Tips Untuk Bersihkan Supaya Tak Melekat Di Penyapu
Weh bijak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap wanita pasti faham betapa susahnya nak menyapu lantai yang bersepah dengan rambut
Kebiasaannya, rambut wanita sering gugur dan bertaburan di atas lantai. Tambahan lagi, jika rambut itu panjang. Memang nampak segumpal dan banyak rambut bersepah-sepah.
Rimas bukan? Jangan risau. Jom belajar tips yang dikongsikan melalui video TikTok yang tular baru-baru ini tentang cara bersihkan rambut yang bersepah atas lantai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lekatkan cellophane tape di penyapu, licin dan bersih dah lantai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @teacherizan di laman TikToknya, dia kelihatan sedang berkongsi tips dan petua untuk menyapu lantai yang bersepah dengan rambut berguguran.
Mula-mula, lekatkan cellophane tape di satu bahagian berus penyapu. Kemudian, gunting supaya pelekatnya itu tidak terlalu panjang.
Seterusnya, teacher Izan menyapu menggunakan penyapu tersebut. Tidak dinafikan, dengan menggunakan tips itu, semua rambut yang bersepah melekat dan lantai kelihatan bersih daripada rambut yang berguguran.
"Kenapa tak terfikir nak buat macam ni, stress selama ni nak sapu rambut" - Warganet
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan tips yang dikongsikan. Malah, ramai yang akan menggunakan tips tersebut pada masa akan datang.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 446K tontonan, 24K tanda suka dan 600 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: