[VIDEO] Baru Nak Seronok Main Water Slide, Sekali Tak Sampai Seminit Tersangkut Di Tengah
Alahai, spoil betul lah ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Banyak sektor pelancongan dan hiburan kini kita boleh lihat sudah mula beroperasi seperti biasa dengan beberapa kawalan yang ketat
Walaupun ia sudah mula dibuka kepada orang awam, tetapi keselamatan diri dan kebersihan perlu dijaga bagi memutuskan rantaian Covid-19 itu.
Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti bersama keluarga, rakan dan melakukan pelbagai aktiviti.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis baru mahu berseronok tetapi tersangkut di water slide pula telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru nak tunjuk keseronokan, sekali tersangkut pula
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita pada masa itu mahu bermain water slide di salah sebuah taman tema air bersama seorang gadis.
Namun, tidak sampai seminit dia memasuki water slide itu, dia dilihat tersangkut dan tidak bergerak. Apa yang lebih melucukan lagi adalah dia terpaksa menolak dirinya sendiri kerana sudah beberapa kali tersangkut.
Situasi itu membuatkan gadis itu dan dia sama-sama turut tergelak kerana tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku.
"Ya Allah, bukan salah awak tapi salah air tu sebab tak kuat. Hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi tersebut. Malah, ada yang memberikan pendapat mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 200.5K views, 10.8K likes dan 292 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: