seismik

Ain Edruce Kongsi Berita Gugur Kandungan Kedua - "Lebih Sakit Daripada Bersalin"

InshaAllah rezeki Allah tu maha luas.

Cover image via @ain.edruce (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Ain Edruce telah berkongsi berita mengenai keguguran kandungan keduanya di media sosial

Dia menyampaikan berita tersebut melalui hantarannya di TikTok pagi tadi. Di dalam video tersebut Ain berkongsi momen-momen bahagia ketika dia mula mendapat tahu bahawasanya dia telah hamil anak kedua.

Melalui video tersebut Ain memberitahu, anaknya Soraya sangat gembira dengan kandungannya itu dan sering mencium perutnya.

Namun, di pertengahan video Ain berkongsi keadaannya kita keguguran itu berlaku.

"Waktu ni pendarahan non stop. Tak pernah aku rasa sakit macam ni dalam hidup aku," tulis Ain.

Di hujung video Ain memberitahu dia bersama-sama anaknya Soraya menangis apabila dia memberitahu anaknya itu "no more baby adik".

Lihat hantaran penuh Ain Edruce di bawah:

@ain.edruce

Simpan sini buat kenangan. Tak de rezeki soraya nk ada adik lagi

Jiwa Yang Bersedih - Ghea Indrawari

Semoga Ain dan Amirul tabah dengan ujian ini. Kami doakan yang baik-baik sahaja untuk Ain dan Amirul sekeluarga. Kuatkan semangat Ain <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: