[VIDEO] "Buat Apa Tu B*bi?" - Pertanyaan Budak Perempuan Ini Undang Tawa Ramai
Aduhai, ramah betul dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mempunyai anak kecil semestinya banyak ragam dan telatah yang kita boleh lihat
Kadangkala pening kepala juga dibuatnya, namun merekalah penghibur hati buat ibu dan bapa.
Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang budak perempuan bertanyakan apa yang dilakukan oleh haiwan telah mengundang hiburan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat tanya khinzir tengah buat apa dekat tepi jalan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang bapa sedang membawa anaknya berjalan-jalan menaiki kereta.
Namun, selepas itu kedengaran suara seorang budak perempuan bertanyakan apakah yang sedang dilakukan oleh sekumpulan khinzir di tepi jalan. Situasi spontan itu sempat dirakam oleh bapanya.
"Adoi dik oi comel betol pertanyaan awak ni. Sound ni boleh jadi trend" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar pertanyaan budak tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.3M views, 418.6K likes dan 7,094 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!