[VIDEO] Gadis Ini Tanya Member Dapat Vaksin Apa, Tapi Jawapannya Pula Luar Dari Kotak
Baca komen lagi extra lawak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengambil vaksin sebagai syarat ingin pergi ke mana-mana
Ia juga merupakan bukti bahawa kita mempunyai rasa tanggungjawab dan prihatin untuk melindungi diri daripada terkena wabak Covid-19.
Namun, lain pula yang jadi kepada gadis ini apabila perbualannya dengan kawan mengenai vaksin telah mencuri tumpuan di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tanya member dapat vaksin apa, tak sangka jawapannya pula luar dari kotak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pahkila, kelihatan dia sedang berbual bersama kawannya itu melalui WhatsApp dan bertanya mengenai jenis vaksin yang diambil oleh pemuda tersebut.
Namun, apa yang membuatkan ramai ketawa adalah apabila pemuda itu dengan selamba menghantar voice note dan berkata dia mendapat vaksin Zalikha.
Rupa-rupanya, apa yang dimaksudkannya adalah vaksin AstraZeneca. Lebih melucukan lagi, pemuda itu juga tersilap menyebut vaksin Pfizer dan berkata Pecififer.
"While my mom, astravaganza. Haha mak aku vaksin Faizal = Pfizer" - Netizen
Ternyata, voice note pemuda berkenaan telah membuatkan ramai terhibur sehingga kini mencecah 405.2K views, 29.7K likes dan 2.5K shares di TikTok.
Malah, ramai yang berkongsi macam-macam nama vaksin yang keluarga mereka sebutkan kerana tidak tahu nama sebenar vaksin tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: